I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Sunday, June 6, 2010

10 lelaki yg di reject aku



Liar. Ye kita seharusnya tahu bahawa si penipu ini adalah sangat sangat bahaya. Tambahan pula mereka ini pandai memutar belitkan cerita seperti ular sawa membelit buah banana.(abaikan pepatah itu) contoh ayat si penipu seperti  “eh, hari tu i cakap lain la” “bukan  macam tuh la sayang...” “maksud i hari tuh bukan macam yang u pikir sekarang sayang”  and blablablabla.. (ahh banyak la alasan kau !)

Tak percaya. Orang yang tak percayakan pasangan ini ada baik buruknya. For me, when we love someone, we should trust each other. But sometimes, bila sudah diberikan kepercayaan tapi masih ada lagi yang benggong gile sebab salahgunakan kepercayaan yang diberi. Lelaki sebegini akan di ‘title’kan aku sebagai manusia tak kenang budi !

Pengotor. Yang ini memang senang je nak detect. Even dia keluar dengan korang pakai perfume adidas, baju top man, seluar jeans levis, kasut converse tp kalau sekadar smart luaran tak mendenye derrr.. nak kenal senang je. Kuku, kasut, kolar baju. Hah ! tiga benda ni dah bole selamatkan korang dari si pengotor ni. Kuku, kalau tgok panjang je then ade plak hitam hitam dicelah celahnya. Kasut, Nampak tak basoh setahun (oke nampak macam tipu sgt) tak basoh sebulan cukup, berbau ! kolar baju, check kalau kot kot ada dot dot hitam. Kalau ada, konfem dia recycle baju tuh tanpa basuhan dari sabun terkemuka Daia, lupakan yang lain. Haha. Sila jauhi ye cik bedah, cik rahmah.

Sweet talker. Yes yang ini paling aku benci tahap haram jadah la ye. I hate sweet talker, why ? sbb diantara gf and friend da tak ada beza pun bila dya bercakap or bergaul. Yang paling tak boleh blah, bila jumpa semua gurl, konpem segala ayat ayat rempit and ayat ayat cinta serta ayat ayat cemerlang, gemilang malah terbilang akan keluar dari mulut nya yg busuk tuh ! hah bayangkan betapa perasan sweetnye orang macam ni.

Jahil. Yang aku cuba maksudkan dengan jahil ialah jahil dari hukum agama atau bangsa. Aku rasa walau seteruk mana pun seseorang tuh, dia mesti mahukan pasangan hidup yang yang tahu pasal agama. Tak banyak, sikit pun jadilah. Tak kan la langsong tak pikir akhirat kan. Best ape bila ada yang pentingkan agama. Paling paling pun sebelum kawen bole ajak jemaah every Friday night kat surau awam. Hee sweet nyee.. (:

Tak tunaikan janji. Ye ini amat critical ye. Tak tunaikan janji. Orang kata masa bercinta janji berbakul bakul, tp satu pun tak tertunai. Haiyooo, susah maaa. Kalau tak bole nak tunai, kenapa berjanji pakcik ali ui. Kan dah menyusahkan diri sendiri.

Tak nak mengalah. Lelaki yg tak nak mengalah ini berfikiran tidak matang ye cik siti ui. Dya pikir bila berada di depan seorang perempuan atau wnita, dya akan selalu nak menang maka dengan itu dya pikir itu adalah sangat macho baginya. Padahal tidak sama sekali. Setakat bergadoh sebab ayat sapa paling power kat FB then nak menang, ambik la wehh, ambik ! kemenangan milik kau. Haih, macam bagus sangat je. Setakat nak pikat hati gurl dengan cara macam tuh, kira kau silap la. Hanya 5% je gurl yg terpedaya. Hah, gurl, adakah anda tergolong didalam 5% itu ? haha jawab dalam hati sudahh...

Repeat the same mistake. Laki yang sebegini adalah seorang laki yang juga tidak matang.korang tau kenapa ? sebab seorang lelaki yang matang never repeat their mistake. Oke, bagi aku seorang itu hanya akan matang jika dahulunya pertama kali dia menghadapi masalah dan dia tak tahu macam mana nak handle that problem. Then, bila problem tuh berulang lagi, maka dengan itu pandai pandai la dia solve that problem berdasarkan sebelum ni. Kalau dia masih tidak tahu nak handle, maka terjadilah masalah yang sama. Itulah yang dipanggil tak matang.. so, pakcik dol pikirlah ye, pakcik matang ke tak..

Tak respect. Oke bab ni memang ramai yang ku jumpa. Tak pernah nak respect seorang perempuan. Semua orang tahu yang wanita adalah makhluk yang lemah. (tak kira la dia kuat angkat berat ke, angkat guni ke) wanita tetap dalam kategori lemah oke. Ada sesetengah lelaki yang tak pernah nak respect langsung makhluk yang lemah ini. Contohnya, belum sah jadi apa apa dah nak naik tangan, sepak terajang, tarik tarik depan orang.. lelaki sebegini di panggil, hang tak gentle la mamat..

Dunno limit. Limit sangat penting dalam hubungan ye pakcik mail. Kalau kau tak tahu limit, memang kau tempah clash je la memanjang. Hadoii, siyes wehh. Perempuan tak suka lelaki yang tak tahu limit. Tak kisah la sama ada dengan gf sendiri atau dengan gurl lain..

Hah! Yang tuh saja yang sempat ku bebelkan. Nak lebih banyak lagi, sila la sambung sendiri. Act, banyak lagi. Buat semua pakcik makcik tuan puan cik bedah cik limah tak lupa juga pada cik mael, pilihlah mengikut ciri yang anda mahukan. Im here just want to share my opinion. Thats it.


Maaf ini bukan ciri ciri cari menantu, ini ciri ciri menantu hantu.




6 comments:

  1. wah!!!
    i like dia post..
    heee:))
    sgt betol pe yg u bebel kn 2..
    sokong sgt2..

    ReplyDelete
  2. hee thx sygs. tuh hanya pendapat i jee (:

    ReplyDelete