I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Thursday, June 10, 2010

bangla salesman

Pada suatu pagi di rumah abang aku. Ain(anak buah aku) sedang bermain main di halaman rumahnya. Tiba tiba dia di datangi seorang lelaki Bangla. Bangla tersebut adalah seorang sales man. Dia menjual kain kain pasang.


Berdialog : 

Bangla : (baca dengan style Bangla oke.) Assalamualaikum.

Ain : (baca dengan style endon) Wa’alaikumussalam. (ain peminat sinetron di TV3.)

Bangla : Adik kecil, mak ada ?

Ain : Ada ada ! (mukanya excited) Mak tengah masak kat belakang.

Bangla : Adik bole panggil mak adik ka ? Saya ada jual banyak kain, cantik cantik, design baru.

Ain : Bole bole ! Kejap !

Ain pun berlari ke dalam rumahnya lalu ke dapur untuk memanggil mak nya.

Ain : Mak, mak ada Bangla nak jumpa ! (muka tak bersalah, dah terang terang Bangla tuh nak jual barang, bukan nak jumpa mak kau !)

Mak Ain : Eh, suruh dia pergi, cakap mak tak nak beli apa apa.

Ain : Alaa mak, ain tengok kain dia macam cantek jee..

Mak Ain : Ain jangan nak mengada ngada ye ! Pergi suruh Bangla tu pergi, Cakap tamau tamau. Kita sudah ada banyak kain.

Ain senyap dam terus berlalu pergi ke depan rumahnya.

Bangla : Adik, mana emak ?

Ain : Emak Ain cakap. Bagi Ain tengok dulu. Nanti emak datang. (cissss, budak kecik ni ! lain di suruh, lain di buatnya..)

Bangla yang tertipu itu terus membuka segala ikatan plastik yang di bawanya. Bangla pun memperkenalkan design design baru pada si Ain yang masih kecil lagi ni.

Ain : Uii, cantiknya. Raya Ain nak pakai kain ni bole ? (Tanya Ain pada Bangla)

Bangla: Bole adik, bole ! Pilih lagi adik, ini ada banyak lagi.

Ain : (dengan muka bersungguh sungguh)  Jap ye, Ain pilih lagi.

15minit berlalu. Bangla rasa pelik kenapa mak Ain tak keluar keluar lagi. Ain pula masih leka memilih kain yang membuatkannya rambang mata sambil membebel seorang diri “ Eh, ini lagi cantiklah “ “ Ain suka yang pink ni “ “ Wahhh, ada flower laa “ “ Yang ini pun cantik “ “ Kalau Ain pakai, sama macam Mila AF tak ? “ “ Nanti mesti hakim suka Ain “ (sambil buat muka geadix sangat sangat, nympah aku) sambil berangan tak abes abes. Si Bangla mula rasa berang melayan Ain yang sedang asyik syok sendiri tu. Bangla pun terus bertanya.

Bangla : Adik, bila mau beli. Saya mau jual sama orang lain juga.

Ain : Kejap ye. Ain nak amik duit.

Bangla : Okey adik (sambil senyum)

Bangla tuh mesti bangga gile gile sebab pada Ain saja, Ain setuju nak beli hamper 4 helai kain pasang. Tak sampai beberapa saat Ain keluar kembali. Mukanya blur sambil tangannya mengengam. Bangla bertanya lagi.

Bangla : Adik kenapa ?


Soalan aku : apakah jawapan Ain ?

a) "mak ain tak bagi beli”
b)    b) “duit Ain dah hilang laa”
c)     c) “mak Ain suruh tunggu kejap, nanti mak Ain dating”

Jawapannya :

There’s not in list. Ain cakap macam ni.

“ Pakcik bangla, ini je duit yang Ain ada.  Duit dah abes, tinggal duit syilling je (sambil menunjukkan duit syilling tanpa rasa bersalah).. Cukup tak ni ??(muka dia memang betul brtul tak bersalah, rasa macam mintak penampar)

Bangla itu naik berang. Dia terus mengemas segala bagai kain kain nya dan berlalu pergi. Dallam hatinya dia dah mencarut segala bagailah ! (eh, tak baik tuduh, mana tau dia sabar je sebab Ain budak kecik). Tiba tiba kedengaran jeritan Ain memanggilnya...

“Pakcik bangla, lain kali datang lagi ye. Kain yang ada flower tu simpan untuk Ain tau ! (sebenarnya hampir kesemua kain ada flower. haha) Nanti kalau duit Ain dah cukup, Ain bagitau. Bye !


ain, kau jgn buat muka macam tuh bole ?
sakit ati tau ! hoh !



Randombebelan :
Selalunya ramai customer yang meletakkan signboard no salesman, tp kali ni salesman yang akan guna signboard NO CUSTOMER.

p/s : maksud aku, no customer yang bernama Ain.




2 comments:

  1. hahaha . ain3 . hahaha . bangla ouh bangla . ku juga mahu kain flower2 . sini datang . haha .

    ReplyDelete
  2. haha flower, ain da beli smua. haha

    ReplyDelete