I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Sunday, July 11, 2010

Jodoh 4 u.





Kalau cerita pasal jodoh, semua orang pun suka. Mana tak nye. Sape yang tak suka kawen kan. Okay, kalau kau nak jodoh, jodoh macam mana tyang kau orang nak ? Adakah yang kachak macam Ashraf Muslim ? Kaya macam Datuk K ? Pandai macam Dr Fazli atau yang ada Bulu dada macam actor bollywood ? Tak kesah la macam mana pun ciri ciri yang kau nak, asalkan kau selesa dengan nya.


Jodoh Aku.


Kalau aku, bohong la kalau aku kata aku tak kesah pasal jodoh. Tapi bagi aku cukup la kalau jodoh aku tuh biarlah sedap mata memandang, memahami aku dan menerima aku seadanya. Kalau nak advance sikit, biarlah jodoh aku tuh seorang yang sangat suka berjenaka. Tapi tak nak lah yang berjenaka sampai aku pun naik annoying tengok si dia buat lawak bodoh. Dan kalau boleh jugak biarlah si dia tuh pandai ambil hati whole family aku. Ala, samalah macam " you tackle me, you tackle my family too " hehe lebih kurang cam gitulah.


Mari mari !

 
Bagi sesiapa yang susah sangat nak dapat jodoh tapi kau ada minat pada seseorang dalam diam, aku ada doa buat kau yang berstatus begitu. Marilah kita berjemaah berdoa bersama. Moga moga lepas berdoa ni kita sekali lagi berjemaah dapat jodoh bersama. 


Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah, 
Kalau dia memang jodohku
Jodohkanlah.
Tapi kalau bukan jodohku
Jodohkanlah jugak ! (wahh, degil nih.)
Jika dia tidak berjodoh denganku
Maka jadikanlah kami jodoh
Kalau dia bukan jodohku
Jangan sampai dia dapat jodohku
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selainku
Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain
Biarkan dia tidak berjodoh sama sepertiku
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh
Jodohkanlah kami kembali
Kalau dia berjodoh dengan orang lain
Putuskanlah..
Jodohkanlah dengan ku
Jika dia tetap menjadi jodoh orng lain
Biar orang itu ketemu jodoh dengan orang lain dulu
Dan kemudian
Jodohkan kembali dia denganku...
(Nak nak sangat nih !)
AMIN...  heee (:


Haaa, amacam ? Brutal tak doa ni ?
Berdegil betul nak jodoh. Gatai buduh !


Selamat Bertemu Jodoh
Sekian (:


4 comments:

  1. degil sungguh bunyi doa ini. hahah

    ReplyDelete
  2. berape banyak jodoh daaa. ahakss

    ReplyDelete
  3. abg : haha jgn copy jeh ok. amalkan selalu. hee

    gaa : haha amat amat degil !

    lisa : hahahahah. ok la tuhhh

    ReplyDelete