I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Saturday, August 7, 2010

bila Ramadhan kembali

Bila Ramadhan kembali, ramai yang mula mengeluh. Al maklum la, masing masing tak ganti puasa yang lepas lagi. Tak elok tuh ganti puasa saat saat akhir. Tapi nak buat macam mana dah malas sangat nak ganti awal awal kan, haaa.. terima lah kau puasa seminggu sebelum puasa Ramadhan. Maksudnya, seminggu sebelum ramadhan buat puasa ganti then terus je sambung puasa sampai raya. Tak ke kau orang rasa lama je nak sampai hari raya tuh ? Len kali settlekan lah awal awal. Kan bagus.

Bila Ramadhan kembali, semua orang tiba tiba jadi confius. Confius sebab apa ? Confius sebab dalam kepala otak dorang berkata begini " tema warna apa nak pakai tahun ni ehh ??" Untuk pasangan couple pulak salah sorang dari mereka akan cakap macam ni " sayang, this  raya kita sama sama pakai warna pink ok (wtf, perlu ke pink jugak) barulah sedondon." Yela, bagi la dorang peluang nak jugak jadi bagai pinang dibelah belah berapa banyak pun yang kau suka.

Bila Ramadhan kembali, ada juga yang seronok bagai nak rak. Mana tak nye, tak sabar nak raya la katakan. Padahal puasa pun tak start lagi. Kalau dah start pun, belum tentu kau puasa penuh. Ada hati nak raya konon.

Bila Ramadhan kembali, maka di FB banyak la gambar gambar yang akan di tagged kepada kau orang semua. Bukan gambar baru balik dari sorat terawih atau gambar buka puasa dengan member member lah, tapi gambar segala kuih muih raya yang menjadi pendapatan sampingan untuk beli baju raya kau orang nanti.

Bila Ramadhan kembali, maka dengan itu bini bini orang semua akan menuju ke semua bangunan biru kuning, ya betul ! Ianya adalah bangunan Courts Mamort (betul ke aku eja nih ?) Kalau boleh semuanya nak baru. Macam dalam iklan tuh "abg, raya ni di Courts ada discount ! (dengan muka excited) kita beli sofa baru ye, peti ais baru... tv plasma baru... katil baru..." dan blablabla bini dia membebel.

Bila Ramadhan kembali, maka kaum kaum wanita terutamanya akan post status yang paling top di waktu bulan ramadhan seperti berikut "petang ni nak buka puasa apa eh ?", "wah leganya tak ada class hari ni" dan banyak lagi la. Ala, kau orang pun boleh agak kan apa yang kaum yang lemah dan cumil ini akan post kan. Bagi kaum yang gagah pula iaitu kaum lelaki akan post status macam ni "haih, bila la puasa nak abis ni" tak pun setiap hari dorang akan post status hitung hari hari menuju hari nikmat ketupat rendang lemang dorang, hari raya.

Bila Ramadhan kembali, satu suara ghairah kesukaan ramai pun menjelma, itu dia Yusuff Tayoob........ Maka dengan itu, ramai lah yang akan buat tempahan beli kurma stock sebulan puasa punya. Maklumlah, semua pun nak ikut sunnah nabi.



 p/s: belilah yusuff tayoob.


Selamat berpuasa ye semua
sekian (:

No comments:

Post a Comment