I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Friday, October 29, 2010

day eight : 10 lagu kegemaran

hari ni hari sabtu yang sangat membusankan. siang hanya duduk tersadai di rumah seorang diri. walaupun dah mewangikan diri dengan palmolive shower gel, tapi muka aku still sama macam makcik minah mati laki yang duduk dekat hujung kampung sana. eh, kampung mana ni ? tak jumpa pun. ok aku tipu, ye scha hashim suka tipu ye anak anak. haha. 

sambung cerita, mak tak ada, mak tidur rumah abang aku malam tadi, yela menantu baru bersalin, jaga baby barulah jawabnya. eh lupa nak cerita pasal baby, alah nantilah ok. tunggu aku snap picture dia banyak banyak then aku buat entry pasal dia. 

ok sambung lagi, kakcik pulak ada lunch kat hotel mana ntah dengan semua kawan kawan dia. ohh malas nak ikut sebab tak bawak balik baju. adik pulak pergi kerja. memang aku jelah yang tinggal. rumah dah habis licin dikemas, jadi sekarang untuk mengisi masa yang agak lapang ini, ye aku updates saja blog ini. 

disebabkan aku masih diambang broken heart, maka lagu yang aku gemar hanyalah lagu yang mendayu dayu yang akan buat akan tambah sedih serta menangis, 
wtf aku menangis kan ! hahaha

  1. all or nothing
  2. talking to the moon
  3. no promises
  4. sejiwa
  5. missing you
  6. kesepian
  7. ..................................
  8. ..................................
  9. ..................................
  10. .................................

okay aku agak bengong nak memikirkan lagu apa yang patut aku sertakan dalam list di atas ye tuan pun. 
mana tak nya, aku memang obsess dengan music, 
so banyak sangat yang jadi kegemaran. hee (:

aku reject kau bersebab.


maaf, u're rejected

maaf sesiapa yang ingin saya jadi miliknya, tiada niat nak menyakitkan hati atau mahu jua mahal. memang saya sudah single and available tapi ianya tak bermaksud saya mahukan seorang yang baru. 

ahh scha kau pikir kau hot sangat ke ramai yang mahu kau ??

ehh tidak sayang, saya bukan mahu mengedik di sini ye atau mahu me'market'kan diri yang tak seberapa cun ini.
di sini hanya ingin memberitahu hal sebenar sahaja.

sila find someone else, hati saya bukan untuk sesiapa lagi.
dan saya tak bersedia.
harap maklum.


day seven : 10 orang penting

hari demi hari dah berjangkau sangatlah jauh ye, aku baru nak meng'updates' blog ini. kau orang kena lah paham, aku sedang sibuk dengan urusan negara yang tak habis habis melanda ni. haha okay, tak tak, hanya urusan diri untuk final exam yang agak mengerunkan aku nih. eh apa melalut nih, sila ke title entry yg asal ye sayangs, suka memanjanglebarkan cerita asas.

orang penting dalam hidup aku tersangat lah ramai, jadik hanya 10 yang mampu aku share bersama kau orang semua. mereka ialah family terchinta (semua ye). bff saya seperti nurul fatin, nurul huda, siti salihah, dan anis roozaine. teman sebilik yang sangat ngogek dan buat ketawa tak kering gusi serta gigi gigi yang berada di sekitarnya. geng meronggeng bersama rashid kalam, nora bani, fadhil, mohd nizar, dan ku ali imran. semua kawan sekolah dari tadika kemas sampai ke sekolah teknik dan college (wahh ini sangat detail). eh, rasanya dah lebih dari 10 orang, tak apa kan kan kan. hmm dan tak lupa juga seorang lagi orang penting dalam hidup aku, HIM<3 okay tiba tiba terjiwang, jangan marah (:

p/s: jangan ambil hati jika tak ada nama kau orang, 
bukan tak ingat tapi 
kau sudah tentu tergolong dalam senarai kawan kawan kuh.

Sunday, October 24, 2010

day six : 10 benda yang aku tak bole hidup tanpanya

sayang semua. aku tersangatlah bz sekarang, al maklum la final pon da nak dekat. persediaan ??
ohh man, jangan cakap la pasal dah prepare ke blum. 
sumpah tak sedia lagi. 
okay hari ini aku nak share pulak dengan kau orang semua pasal 10 benda yang aku tak boleh hidup tanpanya.


 lappy, eye liner mac(kalau tak pakai, muka macam orang sakit), maybelline compact powder, phone cikai yang boleh aku dihentak sesuka hati, bobo saya !(keep hugging  always), books n pen(yes, aku suka menconteng), need for speed(ini sangat best ye anak anak, sila mencuba), sport shoes, taxi (susah lah kalo nak g class tade), dan ohh belog bebelan ini !

Friday, October 22, 2010

day five : 10 ucapan

Semoga semua family dan member member seangkatan meronggeng bersama selalu berada dalam keadaan sihat, murah rezeki, cun/kachak, baik hati, sejahtera, mandi hari hari, tak lupa makan, ceria, bergumbira dan rock rock selalu.

cukup 10 kan ucapan ni ? hee (:
keep rocking with me, 
SH.

Wednesday, October 20, 2010

dilema 2010

ohh man ! 
please help me !
tak adil sungguh aku saja yang begini.


Sunday, October 17, 2010

sorry kamu

Okay, aku not in mood. tbe tbe terdengar lagu ni pulak kat lappy, lagu yang pernah kau nyanyi kat aku masa sweet 7teen dulu. ohh babi sungguh punya lagu, kenapa kau muncul di saat aku macam ni dowhh ! dush dush, haa, kan da kena tumbok kuat kuat ! 



Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bias kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Kerana hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bias kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawaku selalu memujamu
Tanpa sepinya waktu merantai hati
Bayangmu seakan-akan…
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang ku hela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bias menbuat ku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi…
Dan sedih...


airmata berjurai jurai bak air terjun sg. gabai. thanx for doing this to me okay. kau memang terbaik. thanx a lot okay. i have to do this. sorry cuz remove you from my friendlist. really sorry !



this is for you, you know who you are.

you broke my broken heart and i dont even hate you, im mad, but i dont hate you.
after last time we're contact, i dont have anything else to say to you anymore. maybe one day you'll see,
my love for you is real.


" one day your life will flash before your eyes, make sure its worth watching "

i want to forget everything and start a new life
i want to make sure its worth watching

 Sometimes, you have to forget what you want
to remember what you deserve




please remember, there is reason for all this happen.
hope u will be happy without me. 
lotoflove,
SH

kesepian


ku rindu di sayangi sepenuh hati
sedalam cintaku setulus hatiku
ku ingin memiliki kekasih hati
tanpa air mata tanpa kesalahan
bukan cinta yang melukai hatiku
dan meninggalkan hidupku lagi….
Tolongkah aku dari kehampaan ini
Selamatkan cintaku dari hancurnya hatiku
Hempaskan kesendirian yang tak pernah berakhir
Bebaskan aku dari keadaan ini
Sempurnakan hidupku dari rapukan jiwaku
Adakah seseorang yang melepaskanku
Dari kesepian ini…


by : dygta

Friday, October 15, 2010

day four : 10 perkara yang aku nak bagitahu pada seseorang

1. ilyf. *kiss and hug yahh yahh !

2. nak kau selalu dengan aku walau aku sedikit gila dalam perubahan mood.

3. rindu kau selalu walau kita jauh dan makin jauh macam kau di oversea, aku di over river je.

4. kau jahat, aku akan lebih jahat.

5. kalaulah kau boleh hulurkan tangan kau sambil nyanyi kan lagu the bettle macam ni "i wanna hold your hand..." walau suara kau tak sedap. wahh, dah lama mengidam.

6. kau memang begitu dan akan selalu begitu dan mungkin juga akan kekal begitu.

7. kau selalu pijak, lenyek, gilis, kisar hati aku ni. sakit tahu tak ! (emo pulak) tapi sekarang aku macam dah kena suntik ubat pelali.

8. dulu I.T.A.L.Y tapi sekarang S.I.S.H.A.T.I.G.E.R.

9. kauhappyakuhappy,donotthinkabouteasyforflyanymoreokay(:

10. ziana zain kata, "mungkin ada rahmatnya bila tidak bersama"-tiada jodoh antara kita. jason maraz kata, "im yours", tapi aku kata "all girl is yours". terima kasih.

berkawan atau pihak ke 3 ?

okay stalker, hari ini aku nak cerita sikit pasal berkawan.
mesti kau orang pernah dengar ramai yang putus cinta sebab pihak ke 3.
yang seperti sedia kita tahu, orang ke 3 ini muncul hanya sebagai kawan biasa dahulu dan perasaan berubah menjadi cinta tanpa pengetahuan pasangan orang yang di cintanya.

okay, macam kompleks pulak ayat aku ni.
contoh macam ni la, dollah dan minah adalah pasangan kekasih, kiah pulak berkawan dengan si dollah. lama kelamaan si dollah dan si kiah jatuh cinta tanpa pengetahuan minah.

pop quiz :
"kalau kau orang ditempat minah, apa perasaan kau bila tahu perkara sebenar ??"


haaa, sila berikan jwapan berbentuk karangan ye semua. tiada pilihan jawapan objektif mahupun struktur. ini jawapan aku okay. kau orang tak bole copy. kalau aku di tempat minah...

"aku da tentu tentu makan hati berulamkan jantung je, mana tak nya, dah la diperlakukan sebegitu, terasa macam kena kena pijak pijak je hati. tak kan la si dollah tak pikir langsung apa perasaan minah kan. minah sayang dia, tapi dollah buat macam tuh ish ish ishhh. itu di kira tak kenang budi tuh, mana tak nya blablablablablablaaaa....."(kalau dibiarkan aku membebel, memang aku dapat A la essay ni.)


haa, itulah dia. kau orang nak tau ?
perempuan walaupun mereka rock or hardcore or what pun, mereka still berperasaan sebagai seorang perempuan. itu kan lumrah.

tapi walaupun begitu, ada jugak perempuan yang sanggup menjadi character seperti si kiah ni. tak tahu ke mereka bahawa mereka telah menjadi seorang penghancur hubungan orang lain walaupun tiada niat untuk buat begitu. apa perasaan kiah kalau berada kat tempat minah ? dah tentu dia tahu kan apa rasanya.


so stalker semua, pilihlah mana yang kau character yang kau nak jadi, character minah atau kiah ?? atau lebih jelas kau orang pilihlah nak jadi kawan atau pihak ke 3.
sekian, terima kasih.

Thursday, October 14, 2010

day three : 10 benda yang aku benci

1. apa apa yang mengganggu aku di ulit mimpi, seperti bunyi phone ada org kol. dengan pastas aku akan meng 'off' kan phone tersebut.


2. orang yang sibuk jaga tepi seluar dalam orang, zaman sekarang ni dah tak ada orang pakai kain daa...


3. ikan keli ye anak anak, eeuuwwww sumpah aku tak boleh tengok langsung, apatah lagi nak pegang or makan.


4. dikongkong, sebab aku tau batas aku untuk berkawan.


5. buat kerja account, walaupun aku student account, aku tak suka okay. terima kasih miss sebab baru sekali saya dapat 80% ke atas, dan tak payah buat denda yang bertimbun timbun. (yang lain semua 80% ke bawah jd denda tak pyh ckp la banyak mana.)


6. game perempuan seperti fassion butique, burger shop dan sebagainya. game yang sangat ntah hapa hapa.kena susun benda yang sama sampai menang. (ntah bila nak menang ntah)


7. kentang goreng and pop corn, amat kureng skali.


8. bilik bersepah macam tongkang hancur kena badai tsunami. aduhh, sumpah rimas !


9. tak suka bangun pagi, sejukkkkk.


10. betina bitch yang dok satu hostel dengan aku tuh, kau memang suka buat mulut kan. canang cerita sana sini macam mami jarum ! lagi sekali kau buat, siap kau bapokk ! (muka dia macam bapokk jalang okay)

Wednesday, October 13, 2010

day two : 10 benda yang aku suka

1.guitar, hope gyla dapat main macam guitarist search, greenday or SOAD.

2.bunga lily yang shantek, bunga rose jiwang sangat lah. rock sikit boleh kan.

3.my favourate book, suka menconteng segala bagai cerita.

4.makan, makan dan makan seperti spageti bolognise, banana chocolate cake, beef lasagna, sizzling yee me dan yg paling best nasi putih + ayam goreng cafe. memang terbaik ! (yela, sampai aku membesar macam minum enfagrow hari hari)

5.dancing sampai lebam dan akan paksa member bilik aku yang lain untuk menari bersama sambil pasang lagu poco poco (ye, aku memang suka tipu, bukan lagu poco poco okay)

6.karaoke dengan siblings aku tanpa henti selagi mak tak jerit "hang pa adik beradik tak reti nak balik ka !"

7.lepas makan buat pertandingan perut siapa boncit, dan tentu aku johan pertandingan. (jangan jeles okay, boncit itu sexy.haha)

8.tidur nyenyak tanpa gangguan bilik sebelah yang suka gelak macam pontianak tengah tengok raja lawak.

9.peluk bobo aku masa tidur. bobo itu bear ye anak anak. mak tak kawin lagi so takde laki nak peluk.

10.window shopping, masuk setiap kedai tanpa membeli apa apa. tapi takde la tak beli langsung kan. ada la jugak hee (:

Tuesday, October 12, 2010

day one : 10 perkara tentang aku

1. i dunno how to be a romantic person

2. dancing every petang

3. love writing

4. sagitarius

5. i'm a rock person in a baju kurung  hahaha

6. i don't judge people unless they are talking shit behind my back

7. mandi take time for a 30minute

8. i was in engineering class in high school, now i'm a account student

9.very talkative in every single words

10. i write lyrics and poem in my free time

jum survey

Damn bored ok. Cam best je buat survey ni. 
Lagipun tengah busan tahap cipan bawah tempurung kan. 
So aku pun nak buat ok. 
Starting today !
day one: 10 perkara tentang aku
day two: 10 benda yang aku suka
day three: 10 benda yang aku benci
day four: 10 perkara yang aku nak beritahu pada seseorang
day five: 10 ucapan
day six: 10 benda yang aku tak bole hidup tanpanya
day seven: 10 orang penting
day eight: 10 lagu kegemaran
day nine: 10 cara nak menangi hati aku
day ten: 10 kata akhir

p/s: kalau kau orang nak buat jugak pun boleh sebab aku pun amek dari blogger lain. disamping tuh, semua stalker korang boleh kenal korang dengan lebih lanjut lagi. macam mengeratkan silaturahim la. hehe selamat mencuba (:

Sunday, October 10, 2010

shoulder, mari datang aku nak pinjam.

sumpah malam ni emosi aku tak stabil )':
ntah knapa la aku ni. menyampah pun ada.
tapi yang boleh aku ringkas kan,












"aku sakit sangat"










tolong aku boleh tak wehh ? hati aku sakit ni,
tolong kemik kemikkan hati aku ni.
dan dan pulak time ni kua lagu ni.


"mudah sungguh kau lupakan,
semua jasa jasa ku, semua pengorbanan ku untuk mu."


mintak maap, terjiwang sebentar. 
ok need someone right now,
ini serious (nada macam binatang wonderpets)
shoulder please, shoulder please.








ok misi mencari shoulder, bantal pun jadilah.
sekian, terima kasih, 

lelaki, anda tak kompleks.

Hye stalker,

Yeah, harini bangun selewat jam 12.00 pagi di hostel. Ye, ia nya sangat lewat. 
*kalau mak tau, habis aku !*Gara-gara habit tidur lepas Subuh *Finelah xnak amek aku buat menantu. ceyh* HAHA 

Just nak share something, I found this article masa tengah browsing blogs. Macam menarik :)


Lelaki
1.Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2.Sampai kedai makan, masuk
3.Ambik Pinggan
4.Letak nasi
5.Letak Lauk
6.Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7.Makan
8.Habis
9.Balik Opis or
10.G surau *ada je kot yang tido :p

Perempuan
1.Waktu lunch, jalan ke kedai makan *jalan dah ah, lembab
2.Perhatikan orang waktu jalan
3.Sempat mengumpat dulu
4.Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5.Tengok baju orang lain, *especially yang cantik dr baju sendiri. hehe
6.Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7.Ramai orang,cari kedai lain.
8.Jalan lagi
9.Dah puas ati..masuk..
10.Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11.Carik2 pinggan, ambik pinggan
12.Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13.Dah puas ati, ambik nasi
14.Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15.Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16.Buang balik nasi.banyak. .
17.Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18.Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19.Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20.Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21.Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22.Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23.Ambil lauk
24.Pusing lagi
25.Carik sayur pulak!
26.Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27.Ke kaunter bayaran
28.Tgk2 nasi dlm pinggan
29.Berbisik ngan kawan*gilalah.Aku amik byk weyh
30.Sampai depan kaunter *berapa?
31.Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32.Keluarkan duit
33.Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34.Tutup dompet. Ambik nasi
35.Tinjau-tinjau tempat duduk.
36.Jumpa tempat duduk..hati sumpah seranah, alamak kotorlah!!!
37.Cari tempat duduk lain
38.Jumpa. Duduk..
39.Alamak. Air tak order lagi
40.Tinjau2, carik org order air..*sambil tangan betulkan tudung
41.Order air
42.Bangun
43.Ambik sudu
44.Duduk
45.Bangun
46.Ambik Tisu
47.Duduk
48.Air sampai
49.Belek dompet (Step tadi)
50.Bayar
51.Tutup
52.Minum air
53.Start makan
54.Tengok-tengok orang sambil makan
55.Makan separuh..kenyang
56.Sebab dah minum air
57.Letak sudu, letak garpu
58.Pinggan tolak tepi
59.Borak2 kater makanan tak sedap
60.Ngumpat2..tgk orang
61.beredar pegi surau, sembahyang, makeup

HAHA.Yeke perempuan se-kompleks ini?HAHA.  Tak kisah lah kan, walaupun aku tak se-kompleks majoriti wanita seperti ini, tp i'm proud to be perempuan ok. So do the girls out there :) *gaya cakap macam menteri pembangunan wanita dan keluarga* OKAY DAH.BYE



Saturday, October 9, 2010

hate kau tauk !

ohh sayangggg,
i hate you lah !
tapi aku terpakse buat macam macam untuk kau
sebab kalau tak aku jugak yang susah.
kau buat aku hilang markah tau tak
kau buat aku cranky
kau buat macam nak melalak dalam exam tadi.
kau buat aku macam nk gile.

































aku benci kau
management accounting.
tapi aku suke sebab ni final sem :D