I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Friday, October 15, 2010

berkawan atau pihak ke 3 ?

okay stalker, hari ini aku nak cerita sikit pasal berkawan.
mesti kau orang pernah dengar ramai yang putus cinta sebab pihak ke 3.
yang seperti sedia kita tahu, orang ke 3 ini muncul hanya sebagai kawan biasa dahulu dan perasaan berubah menjadi cinta tanpa pengetahuan pasangan orang yang di cintanya.

okay, macam kompleks pulak ayat aku ni.
contoh macam ni la, dollah dan minah adalah pasangan kekasih, kiah pulak berkawan dengan si dollah. lama kelamaan si dollah dan si kiah jatuh cinta tanpa pengetahuan minah.

pop quiz :
"kalau kau orang ditempat minah, apa perasaan kau bila tahu perkara sebenar ??"


haaa, sila berikan jwapan berbentuk karangan ye semua. tiada pilihan jawapan objektif mahupun struktur. ini jawapan aku okay. kau orang tak bole copy. kalau aku di tempat minah...

"aku da tentu tentu makan hati berulamkan jantung je, mana tak nya, dah la diperlakukan sebegitu, terasa macam kena kena pijak pijak je hati. tak kan la si dollah tak pikir langsung apa perasaan minah kan. minah sayang dia, tapi dollah buat macam tuh ish ish ishhh. itu di kira tak kenang budi tuh, mana tak nya blablablablablablaaaa....."(kalau dibiarkan aku membebel, memang aku dapat A la essay ni.)


haa, itulah dia. kau orang nak tau ?
perempuan walaupun mereka rock or hardcore or what pun, mereka still berperasaan sebagai seorang perempuan. itu kan lumrah.

tapi walaupun begitu, ada jugak perempuan yang sanggup menjadi character seperti si kiah ni. tak tahu ke mereka bahawa mereka telah menjadi seorang penghancur hubungan orang lain walaupun tiada niat untuk buat begitu. apa perasaan kiah kalau berada kat tempat minah ? dah tentu dia tahu kan apa rasanya.


so stalker semua, pilihlah mana yang kau character yang kau nak jadi, character minah atau kiah ?? atau lebih jelas kau orang pilihlah nak jadi kawan atau pihak ke 3.
sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment