I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Friday, December 31, 2010

byebye 2010, hye hye 2011 (:

Hye all.
Today is 2010,
but tomorrow,
Its begin, 
welcome 2011

Happy New Year (:

Thursday, December 30, 2010

macam mana nak control perasaan bila tengok bola ?

Semalam tengok Malayia VS Indonesia, tapi hanya dirumah la kan. 
Nak pergi tgok live jauh pule. 
**Lupakan jela hasratmu itu scha. 
Ye, itu dia suara hati aku yang suka sangat menyampuk bila aku tengah update blog. 
Haihh kau ni, nak aku lempang laju laju ke ? Suka sangat menyampuk. Sapa ajar ni ?? 
Haaa, bagitau cepat. 
Bak sini orang tuh aku nak sekeh sekeh tunjal tunjal kepala dia sikit. 
Ok, aku dah melalut lagi. 
Maaf. 

Saya ini patriotik sebenarnye (: Ohh homaigod, ini statement.
Haha, itulah dia, aku memang berjiwa patriotik. So what ? Ada masalah ke ?
Takde ? Ok bagus !
Sambung lagi...
Aku minat betul tengok orang main bola.
Mengelecek sana dan sini kemuadian ohh man.. GOLLLLLL ! 
Cool gila kut buat macam tuh.
Sumpah tak dapat nak kawal perassan jiwa dan raga bila tengok bola ditendang, ditanduk ke sana ke mari.
Bukan bola yang menganggu aku tapi si pemainnya.
Berlari lincah sungguh. Tergoda i nyahh.. HAHA

Seperti yang kita tahu, lelaki ataupun wanita tak kiralah di mana pun mereka menonton bola pasti tidak akan dapat mengawal perasaan.
Bukan kau orang je, aku pun macam tuh -.-
Kalau boleh nak lompat lompat terkinja kinja bila tengok bola hampir hampir masuk ke gawang gol jagaan gol keeper.
Tapi alih alihh, bola sipi sipi je nak masuk. Padahal tak gol.
Ohh, itu memang potong stim kut !
Yela, yang duduk atas kerusi semua dah nak terbangun bangun sebab dah hampir hampir nak gol.
Tak kurang jugak yang duduk bersila serta yang sedang baring baring, gerenti dah terbangun bangun jugak.
Tapi, bila tak jadi gol, semua orang akan terduduk semula sambil berkata "haihhhh, sipi lagi !" **dengan nada yang agak emosional sekali.
Kesian kan...
Tapi cuba pulak kau orang bayangkan kalau sepakkan itu menemui gol nya ?
Dah tentu tentu semua penonton yang dah terbangun bangun tadi terus bangun sampai terlompat sakan sambil 1 Malaysia serentak menjerit "GOLLLLLL !"

Tapi yang menjadi pertanyaan dalam kepala hotak aku yang tak seberapa geliga ni ialah,
Macam mana VVIP bole kawal perasaan dorang bila tengok bola secara live ?
Orang lain dah tak tahan nak terlompat lompat.
Tapi mereka yang VVIP ni semua masih relax je.
Dorang takde perasaan ke apa ?
Tak pun dorang cover kut !
Haha, nak cover apanya..
Bila lagi kau orang yang sebagai VVIP ni nak have fun terjerit terlolong kan.
Inilah masanya ! Masa yang tepat dan sesuai.
Tak kan all the time kau orang nak formal je.
Fikir fikirkanlah dan selamat beramal (:

Pape pun Malaysia, you're the best !
Ohh khairul fahmi (gol keeper), anda style kut. Kecik molek je tapi dapat kawal kotak gol yang besar badak afrika tu. Ngee c(:
Yang lain pun tak kurang hebatnya dan hotnya. HAHA aumm aumm **ini tandanya saya sudah tergoda 
Sebab kau orang semua, esok dapat cuti. Sukanyaa sayeee (:
**scha, tak payah nak suka sangat la. kau memang duduk umah je pun. mana ada keje pun. sems baru pun belum start.
Haaa, kau tengok kau tengok. Menyampuk lagi -.-


Berbalik kepada soalan persis seperti title entry ni, 
macam mana nak control perasaan bila tengok bola ?

Jawapannya, 
sila tanya pada yang pakar : VVIP (:

Sunday, December 26, 2010

sebab apa babi jalan tunduk

Finally, 
sampai juga aku ke rumah.
penat,
luka luka,
kaki sakit,
semua kerana kau
BRAVERY CAMP.

tapi, 
sumpah best
walaupun tempatnya berada dalam kekurangan.
lampu mcm chips more,
toilet menyeramkan,
jungle tracking harus tukar kepada river tracking,
80% berjalan dalam air,
3% berjalan di tepi highway,
17% berjalan dalam hutan.

suddenly je, 
ada babi hutan yang berjalan sambil tunduk tunduk.
agaknya dia malu dilahirkan sebagai babi.
HAHA HAHA 
**maaf encik babi, tade niat nak gelakkan awak
okay okay,
tolong jangan sondol saya.

lagi sebelah selipar entah ke mana entah.
hanyut dibawa air sungai.
aaaaaa, nak selipar aku balik !
baru je beli 4hari sebelum camp kat pasar malam.
roxy pulak tu.
mahal tau takkk
5hengget !
**tak payah nak geadix sangatlah scha, beli je yg baru.

saat happy bila penyerahan bengkung silat.
ouhh, happy happy !
nanti kalau rajin aku upload picture ok.

sekian, terima kasih (:

Thursday, December 23, 2010

Fly ♥

my
1 heart 
2 eyes
3 liter blood
206 bones
5.5 million red cell
60 trillion DNA's
say to you


I miss you a lot !

Saturday, December 18, 2010

trust me by purple (:


video

for you for you !
luvluvluvluvluvluvluv

Wednesday, December 15, 2010

hampir hampir la

Hari demi hari, aku sayang easyforfly. 
Tapi mereka berkata, kalau hanya aku yang berpegang pada kenangan, tak guna juge. 
Let by gone be by gone. 
Nothing to say, but aku mencari kebahagiaan.
Dannnnn, aku hampir jumpa.
Hampir tauuuu. HAHA.
Belum lagi. Doakan ye, terima kasih.
Haaa, tengok ni aku senyumm,

 I'm H A P P Y (: 
go baby go ! 

Sunday, December 12, 2010

move on si putus cinta.

hye hye (:
minggu ini adalah salah satu minggu aku yang sangat membusankan. 
kau tahu kenapa ? 
sebab ketiadaan aktiviti yang mampu membantu aku untuk melupakan kisah kisah cinderella aku atau pun snow white aku yg masih mengganggu fikiran aku ni. 
atau kau orang rasa aku patut tak kumpul katak.
then cium semua katak katak tuh. 
kut kut la boleh jadi putera katak. HAHA.
**okay, tak payah gelak, sumpah tak lawak kerna hati sedang lara. chewahh !


memang susah nak lupakan seseorang.
kadang kadang sampai migrain.
migrain bukan biasa biasa, tapi luar biasa jadinya macam ni ha,

sayangs, 
migrain ni tak boleh dibuat main main. 
ia jugak boleh buat kepala kau orang rasa macam ni,

haaa, bahaya kan kan kan. 
kalau kau orang nak tau kesan kesannya sila click kepala saya migrain.

haiyoo, apa susah. lupakan jelah !
bercakap memang senang. tapi nak melakukan itu pasti perit kan.
aku tahu. semua pun tahu.

kau orang haruslah mengisi hari hari kau orang dengan activity activity yang boleh kau orang lupakannya seperti keluar lepak bersama rakan taulan,
tapi awas ! jangan buat activity yang pernah kau orang buat ketika bersamanya dahulu kerana ia akan menambahkan keresahan dalam hati kau orang.
kadang kadang kepala hotak aku yang adakalanya bergeliga ni berfikiran positive.
ye, aku mesti move on. sampai bila aku nak berpaling ke belakang je kan.
aku kena pandang kehadapan, jangan menoleh lagi.
ohh yeahhhh, semoga berjaya !

tp,
hoh ! sekejup je aku positive. then balik seperti biasa dan kembali migrain.
kembali mengenangkan segala bagai kenangan yang pernah hinggap kat dalam diri aku ini.
maaf, ia bukan hanya hinggap, malah dah menetap kat hati aku ni. 
mak aiii, mungkin aku terlebih jiwang untuk entry kali ni.
tapi haku pedulik hapa kan,
ini belog bebelan aku. haku punya sukalah.
haa nampak ni ?

haa, kan ni belog aku.
sapa nak baca, sila lah. amat dialu alukan.
maka yang tak suka, apa lagi yang di tunggu ?
sila blah.

okay, sambung semula. 
ada yang berpendapat, alahh, lupakan jela kalau bermasalah.
kenapa nak pikir masalah lagi. buat sakit hotak je.
memang, memang tp kau tahu tak, bila nak lupakan itu pun adalah masalah. 
bila kau sayangkan seseorang dan si dia telah memberi masalah kepada hubungan kau orang, 
memang patut kau lupakan. ianya memang amat amat wajar.
tapi ianya menjadi masalah kerana, 
walaupun si dia telah membuat masalah sejahat mana pun, jika sayang masih lagi ada, 
maka tidaklah dapat untuk kau lupakannya.
yelah, takkan la sebab kesalahan itu dah boleh melunturkan kasih sayang kau orang kan.
tak mungkin tak mungkin.
paling paling pun, ambil masa nak lupakan.
bak kate pepatah, 
dalam masa sehari kita boleh mencintai seseorang, 
tapi mengambil masa bertahun lamanya untuk melupakan seseorang.

bila susah nak lupakan, 
maka kau akan rasa 1 saat ibarat 1 tahun lamanya
**okay, nampak sangat aku tipu.
1jam ibarat 1 tahun lamanya. cukup la k.

mungkin ada kawan, rakan taulan kau suruh kau memulakan hidup baru dengan seseorang yang baru dan dengan segalanya yang baru.
tapi mungkin kau orang buat semua tuh tak ikhlas.
atau kau orang mungkin hanya memberi harapan kepada si dia yang baru.
kerana tiada keikhlasan dalam hati kau orang.
ye ye, aku tahu memang susah sangat nak lalui. 
tapi mungkin ada lagi satu cara lagi.

mungkin kau orang perlu mengambil risiko dengan kembali kepada si dia yang penyumbang masalah itu. 
macam ni,

haaa, macam ni la.
yela, kalau dah cuba macam macam pun still susah nak lupakannya.
risiko yang kau harus ambil ialah, 
si dia mungkin akan mengulangi kesalahannya lagi, lagi dan lagi.
sekian terima kasih (:


randombebelan : kita harus memulakan semula semua kenangan 
dimana cinta kita bermula dulu.

Monday, December 6, 2010

Saturday, December 4, 2010

rindu rupanyee agagagagaaa

okay, lepas aku update blog dibawah ini, aku rasa aku mahu berlari sekuat hati dan melompat ke atas katil untuk membongkangkan diri bersama bobo bear. 
tetapi malang sekali kerana mata bulat ku ini tidak mahu lelap. 
dah cuba pakai segala gam untuk tutupkannya, tetapi tetap malang. 
ouhh mata, pleaseeeee la. 
aku mengantuk sial. 
esok nak bangun awal, nak basuh baju, kemas rumah, breakfast then siap siap terus ke kenduri rumah padil melanos.
tolongla tutup, maka sekali lagi aku pejamkan mata kuat kuat. errggghhhhhh.... !!! 
tak dapat jugak !
**dapat bayangkan tak ? hee


mak kata : amboiii, kalau nak keluaq baru hampa pandai bangun awai naaa..


hahaha mak ni. 
macam tak paham paham lagi je. 
biasa la. 
kalau tak pergi mana mana buat apa nak bangun awal. 
nak buat apa kan kan. 
bongkang jela. 
okay okay, sambung balik.


apa lagi alternative yang aku ada dimalam buta begini. 
maaf, sudah pagi ye, harap maklum. 
eh eh yelah. sudah pukul 5.30pagi. 
terima kasih mata. awak buat saya rasa benggang gila dengan awak (:
arrghhh nak tidur la bahabi. 
sampai hati kau. 
esok baru je nak gojes gojes pergi kenduri. 
tapi kau sje je nak buat mata aku kelihatan bengkak seperti bola sepak di mataku kan. 
terima kasih sekali lagi mata.


so, apalagi yang ditunggu. 
lappy depan mata. on9 jela kan. 
seriyes tak ada topic tapi tiba tiba teringatkan someone. 
rindu puleee **sambil jari putar putarkan rambut dengan buat muka gatal gila babi.
ahh,tak kesahlah gila apa pun. aku punya suka la kan. 
aku yang rindu, bukan kau orang. tapi sumpah aku rindu. 
aku ada buat video lagi tau tau. 
so, bila aku rindu rindu bole la buat tatapan walaupun dah tengok hampir berpuluh kali. 
apa ? apa ? nak tengok ? 
boleeeeee, apa salahnyeee.


bole blah la ye. 
ianya private okay. 
yang pernah tengok pun roomate aku je. 
sumpah segan masa dorang tengok tapi buat apa aku nak sorok dengan dorang kan. 
they know everything ((:


okay sekarang aku dah mengantuk. 
mata aku tiba tiba je tak bole buka pule. 
amboi,
patutla tak boleh pejam mata tadi.
rindu rupanya.
dah tatap video, baru nak pejam (:
gatai sungguh anda ye.
selamat pagi malaysia. **sekarang pukul 6.00 pagi
okay dah, nak tidurrrr.

to mr. A (:

what ?? 
ailebiu ?
binatang apakah itu ? 
haha okay okay. 
aku gurau, but sorry la bro. 
my heart already taken la ♥
status di FB single ?
yup yup, aku tak tipu.
memang aku single,
tapi sesungguhnya aku ni pecinta setia.
walau single, 
jasadku bukan kepunyaannya,
tapi hatiku tetap untuknya.
yela yela, 
jangan la menganjing aku doe... HAHA
ye aku mengaku,
memang aku ni kasar.
aku memang tak pandai bermadah pujangga.
tapi cukupla hanya sekadar boleh buat kau paham keadaan aku.
sorry again okay.
friend ? (:

dah !
tak payah tanya kau nak friend ke tak.
kau memang suka menganjing aku je lebih. 
lempang nak lempang ?
apa nak ?
okay, nantikan lempang dari cik gayah berkuasa kuda gila ni.
yahhhhhh, dushh dushh.
hamikk kau ! 
HAHA, ada pule lempang yang bunyi macam kena tumbuk kan.
okay okay, ye aku tahu. 
aku tipu (:
tapi aku dah buat kau paham kan kan ?
alhamdulillah.
terima kasih mr. A 

ailebiu lahh !!
okay tak tak.
aku tipu lagi.
maksud aku,
ailaikyu lah okay.
senyum sikit senyummmm (:
amboi, 
melampau sampai ke telinga.

cartoon aku kau dan semua

hey all, lama tak jumpa kan.
kat sini aku nak bagitahu, rin rin rin rinduuuuuuu kat kau orang !
hmm, actually no point la today nak membebel apa kat sini.
tapi tiba tiba je teringat kat cartoon kesukaan aku apabila terlihatnye mereka mereka di fb telah menukarkan wajah wajah profile mereka kepada cartoon kesukaan mereka.
maka dengan itu aku pun nak tukar jugak, tapi malu sbb cartoon kegilan aku ni ter ter ter sangatlah shomellll !

okay setelah aku pusing pusing melawat rakan rakan fb untuk melihat cartoon kegilaan mereka, macam macam cartoon yang ada. 
ada yang pilih ini,
ouhh, ini siapa yang tak kenal. shinchan yang amat menyakitkan hati. seorang anak tunggal pada mulanya dan kemuadian mendapat seorang adik perempuan yang sama berkelakuan menyakitkan hati juga. ** kalau aku misahee (mama shinchan), dah lama aku tunjal tunjal kepala anak aku ni.

ini pula ultraman family. mak aii, kuat nye mak bapak, atok nenek and moyang moyang si ultraman ni. ramai keturunannyaaa. baguslah, meramaikan umat. hahahaha

okay, ini pula si spongebob kuning bak sponge basuh pinggan kat rumah aku. ohh man, macam mana lah ada orang boleh terpikir nak create cartoon yang berasaskan sponge ni. agaknye masa dia masuk pinggan tiba tiba sponge tuh berkata "jadikanlah aku idola !" hahhahaha hamikk kau ! tapi, ada kemungkinan kan (:

ini adalah si pintar detective conan. pandai menyelesaikan masalah masalah jenayah yang dirancang. eh, semua jenayah memang dirancangkan ? tak laaa, ada yang tak dirancang juga, contohnya apabila seorang dua classmate lelaki yang keluar ke toilet pada waktu belajar. kemudian, apabila samapi di toilet tanpa mereka sedari, mereka telah pun terkeluarkan kotak rokok dan isinya sambil membakar rokok tersebut. haaa, kan tak dirancang tuh.

ini adalah cartoon kegilaan kanak kanak di Malaysia. upin dan ipin. pasangan adik beradik kembar yang sangat comel. cartoon ni bagus sebab dapat pengaruhi kanak kanak untuk practice buat perkara yang baik sejak kecil lagi. contohnya, solat, puasa dan banyak lagi. aku rasa dorang buat cartoon yang macam ni sebab apa tau ? sebab sekarang ni ramai sangat yang dah tua bangka tapi tak puasa lagi. malu la kat adik adik. hari pertama puasa lagi dah pergi mamak bungkus nasi putih dengan ayam goreng. haha **ada yang terbatuk tersedak ke ? sorry sorry (:


haaaa, ini bukan sebarang cartoon... bukan superman, bukan spiderman, mahupun batman.. cartoon berasal dari kluang johor, malaysia. ini dia aku kenalkan kluangman ! hahaha inilah specialnye malaysia wahai tanah airku. tiba tiba muncul pulak cartoon yang amat sengal ni. dah la tinggal kat umah sakit jiwa. tak ke pelik boleh jadi hero. hehe cerita yang amat menarik walaupun tak masuk akal. aku pernah minat cerita ni sampai aku set ringtone phone aku lagu dia. ** diaaaaa bagai seorang pahlawann menentang musuhhhhh... lalallalalalalala, hahhaah best kan.


ini pula kungfu panda. walaupun kuat makan, tetapi sangat pandai berlawan. jadi pada sesiapa yang mempunyai badan yang besar macam aku dan mereka yang lain lain, ambil la panda ini sebagai cartoon yang boleh dijadikan teladan. bila kita gemuk, tak bermaksud kita hodoh, malas nak berjalan atau naik tangga, taknak bersukan atau apa apa. tapi kita pandai sebab tak sia siakan semua makanan yang ada kat dunia ni. so, makan lah sepuasnya, buat apa nak jadi kurus macam tiang lektik je kan kan (:

haaa, itulah cartoon yang mereka pilih sebagai cartoon kegilaan mereka. tapi aku suka yang lain. kat atas ni tak ada pun cartoon yang aku suka gila ni. korang jangan tiru okay, ni cartoon shomelll yang aku war war kan tadi ,

ini dia cartoon kegilaan aku, teletabbies ! haaa, shomel kan kan kan. tuh la aku cakap kau tak caya.
okay, ini aku dah choppp dulu okay sebab dia warna purple (:
tengok tuh dia cakap " aku kan abang " -_-
ha, cuba korang ingat balik. band mana yang pernah snap picture macam ni ??? haaa ada kan ada kan ?? tak tahu la sapa tiru sapa. tapi takkan la teletabbies ni kenal band malaysia pulak, mestilah band malaysia tuh yang kenal teletabbies yang shomel ni kan. haaa, korang judge la sendiri okay.
lufyuketatketatteletabbies !
okay dah, byebye.