I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Thursday, December 30, 2010

macam mana nak control perasaan bila tengok bola ?

Semalam tengok Malayia VS Indonesia, tapi hanya dirumah la kan. 
Nak pergi tgok live jauh pule. 
**Lupakan jela hasratmu itu scha. 
Ye, itu dia suara hati aku yang suka sangat menyampuk bila aku tengah update blog. 
Haihh kau ni, nak aku lempang laju laju ke ? Suka sangat menyampuk. Sapa ajar ni ?? 
Haaa, bagitau cepat. 
Bak sini orang tuh aku nak sekeh sekeh tunjal tunjal kepala dia sikit. 
Ok, aku dah melalut lagi. 
Maaf. 

Saya ini patriotik sebenarnye (: Ohh homaigod, ini statement.
Haha, itulah dia, aku memang berjiwa patriotik. So what ? Ada masalah ke ?
Takde ? Ok bagus !
Sambung lagi...
Aku minat betul tengok orang main bola.
Mengelecek sana dan sini kemuadian ohh man.. GOLLLLLL ! 
Cool gila kut buat macam tuh.
Sumpah tak dapat nak kawal perassan jiwa dan raga bila tengok bola ditendang, ditanduk ke sana ke mari.
Bukan bola yang menganggu aku tapi si pemainnya.
Berlari lincah sungguh. Tergoda i nyahh.. HAHA

Seperti yang kita tahu, lelaki ataupun wanita tak kiralah di mana pun mereka menonton bola pasti tidak akan dapat mengawal perasaan.
Bukan kau orang je, aku pun macam tuh -.-
Kalau boleh nak lompat lompat terkinja kinja bila tengok bola hampir hampir masuk ke gawang gol jagaan gol keeper.
Tapi alih alihh, bola sipi sipi je nak masuk. Padahal tak gol.
Ohh, itu memang potong stim kut !
Yela, yang duduk atas kerusi semua dah nak terbangun bangun sebab dah hampir hampir nak gol.
Tak kurang jugak yang duduk bersila serta yang sedang baring baring, gerenti dah terbangun bangun jugak.
Tapi, bila tak jadi gol, semua orang akan terduduk semula sambil berkata "haihhhh, sipi lagi !" **dengan nada yang agak emosional sekali.
Kesian kan...
Tapi cuba pulak kau orang bayangkan kalau sepakkan itu menemui gol nya ?
Dah tentu tentu semua penonton yang dah terbangun bangun tadi terus bangun sampai terlompat sakan sambil 1 Malaysia serentak menjerit "GOLLLLLL !"

Tapi yang menjadi pertanyaan dalam kepala hotak aku yang tak seberapa geliga ni ialah,
Macam mana VVIP bole kawal perasaan dorang bila tengok bola secara live ?
Orang lain dah tak tahan nak terlompat lompat.
Tapi mereka yang VVIP ni semua masih relax je.
Dorang takde perasaan ke apa ?
Tak pun dorang cover kut !
Haha, nak cover apanya..
Bila lagi kau orang yang sebagai VVIP ni nak have fun terjerit terlolong kan.
Inilah masanya ! Masa yang tepat dan sesuai.
Tak kan all the time kau orang nak formal je.
Fikir fikirkanlah dan selamat beramal (:

Pape pun Malaysia, you're the best !
Ohh khairul fahmi (gol keeper), anda style kut. Kecik molek je tapi dapat kawal kotak gol yang besar badak afrika tu. Ngee c(:
Yang lain pun tak kurang hebatnya dan hotnya. HAHA aumm aumm **ini tandanya saya sudah tergoda 
Sebab kau orang semua, esok dapat cuti. Sukanyaa sayeee (:
**scha, tak payah nak suka sangat la. kau memang duduk umah je pun. mana ada keje pun. sems baru pun belum start.
Haaa, kau tengok kau tengok. Menyampuk lagi -.-


Berbalik kepada soalan persis seperti title entry ni, 
macam mana nak control perasaan bila tengok bola ?

Jawapannya, 
sila tanya pada yang pakar : VVIP (:

3 comments:

  1. betul la weyhh, aku pernah rase macam tu. potong stim kut bila tak masuk gol.

    ReplyDelete
  2. haha, kelakar laaa

    ReplyDelete