I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Friday, January 21, 2011

Tolong jadi girl girl bole tak !

Umur aku dan adek aku tak jauh beza. Hanya 2 tahun sahaja. Ini membuatkan aku dan dia tak ada bezanya. Bila baik, baik sangat sangat tapi bila dah bergaduh, memang panda lah mata aku jadinya. Okay, ini tak adil. Bukan aku sorang je yang akan bermatakan si panda shomel kesukaan ramai, malah adek aku juga akan begitu. Jadi fair and square kannn. 

Seperti apa yang aku tulis pada entry sebelum ni, masa kecil aku dijalani dengan penuh kenangan dan keadilan oleh arwah abah yang ku sayang kuat kuat sampai bila bila. Bila adek dapat kereta control, aku akan dapat kereta juga. Jika adek dapat baju raya warna hijau, aku pun dapat sama. Bila adek dapat seluar jeans, aku punn dapat, dan samalah juga bila adek dapat baju kemeja, kasut, cap, basikal dan lain lain, aku tetap akan dapat juga. Yang membezakan kami hanyalah warna barangan tersebut. Kalau adek dapat biru, aku dapat kuning. Haaa, macam tu lah.

Tapi setelah beberapa lama, abah menyedari yang aku lebih suka berpakaian sama seperti adek iaitu gaya seorang lelaki. Tapi aku still lagi perempuan ye nokkkk. Gaya je ganas sikit. Suka berlari ke sana ke mari, panjat pokok, main gasing dan yang paling best dan benda paling wajib ialah main longkang. Selagi mak tak jerit,

"atiehhhh, mana hang ni ! tak reti nak balik kaaa."

Mak aiiiii, aku yang berada didalam longkang berdesing desing telinga aku dengar jeritan mak aku yang dah bergema gema dalam longkang tu. Laju laju aku merangkak keluar dari longkang sampai terhantuk hantuk kepala aku dalam longkang tu. **Makkk, makkk, suke je buat atiehh terkejut beruk makyehhh. Haishhhh...

Satu hari abah balik dengan membawa baju baru untuk kami adek beradik. Adek berlari lari mendapatkan abah yang hanya baru di muka pintu utama. Adek buka plastik yang berisi baju baru itu. Aku lihat adek mengeluarkan sepasang baju askar berserta senapang dan topi ala ala komunis gituuuu. Tergoda i nyahhhhh. Sumpah mak tergoda. 

Mata aku bercahaya seperti ternampak berlian dan dengan pantas mendapatkan baju adek untuk dibelek belek sambil bertanya kepada abah, 

"abahh, atiehh punya mana ? atiehh punya warna apa ? atieh nak colour yang sama macam ni, barulah nampak macam askar bahhh." 

**adek dapat warna hijau lumut, sebijikk macam baju askarr.
Beria ia aku berceloteh dengan hati yang sangat sangat berbunga riang. Weee ! Menantikan pemberian baju baru dari abah tershentaaa.
Abah pun menghulurkan plastik beg yang dipegangnya kepada aku. Lantas ku koyak koyak palstik itu dengan rakussss. Agagaggagaaa hingga ternampaknya kain berwarna merah hati. Apabila aku membuka lipatan baju tersebut, ianya bukanlah seperti yang aku sangkaa. Dalam hati aku berkata  

"ehhhh, mana baju askar ? Mana ?"

Ohhh man, cuba kau orang teka, apa yang aku dapat ? Jeng jeng jeng....
Tettttttttttt Okay dah ! Masa dah tamat. Jawapannya ialah aku mendapat sepasang baju dan gaun persis barbie doll. Lol, macam cute sgt jeeee. Tapi sumpah aku tak suka. Bukan tak hargai tapi dalam hati aku terdetik  

"dimanakah keadilan yang abah berikan selama ini????" 

**jangan nak jadi rasional sangat lah scha, masa tuh kau kecik lagi. manalah kau pandai nak pikir macam tuh. menipu betullah kau ni.
Lorhhh, tapi seriyess beb, aku memang pikir macam tuuu. Tak tipu. Aku sedih dan bawak pakaian barbie tersebut masuk ke bilik. Muka masa tuh dah macam cuka. Masammm jee. Muncung dah sejengkal. 

Then, abah masuk bilik dah bertanya,
"kenapa anak abah ni ? tak cantek ke baju tu ?"

Aku menjawab,
"baju tu cantek tapi atiehh nak macam adek la abahh. mana adil adek pakai baju askar, tapi atiehh pakai gaun je."

Abah menjawab semula,
"atieh dengar ni ye, abahh taknak anak abah ni asyik pakai baju macam budak lelaki je. cuba pakai baju gaun yang abah beli ni. mesti cantek je anak abah nanti. barulah comel (:"

Muka aku tambah mencuka lagi. Abah pelik kerana muka aku seperti mintak penyepak tapi abah tetap sabar dengan kerenah aku. Al maklum la anak kesayangannyeee. Kemudian abah bertanya lagi,
"kenapa atiehh nak sangat baju askar macam adek tu ?? cuba bagi tau abah."

Dengan muncung yang berjengkal jengkal itu aku pun menjawab soalan yang telah diaju oleh abah,
"atieh nak baju sama macam tu sebab bajula nak nampak ganas bahhh. baru rock grrrrrr !  
**okayy aku memang rock sejak kecil lagi.

Okay aku menyambung menberikan jawapan yang lebih bernas,
"lagipunn abah, kalau atieh pakai gaun ni macam mana atieh nak main longkang, nak lari lari, nak bergayuh guna kaki atas pokok... abislah terselak selak nanti. kawan atieh semua laki bahh, malu la atieh abahhhh..."

Haaaa, itu dia jawapan yang sangat rempit yang sempat aku luahkan.
Abah tercengang mendengar jawapan aku dan terus berlalu keluar dari bilik. Aku tak tahu apa yang abah pikirkan selepas mendengar jawapan aku tadi tapi mungkin abah berkata didalam hati macam ni, 
"haishhhh, betul ke anak aku ni ? buang tebiat ke hape."

atau mungkin macam ni, 
"bila la anak aku nak jadi perempuan ni, tak habis habis dok keep rocking jee."

atau mungkin macam ni,
".................................................."

Haaa, apakah itu ? Abah tak terkata rupenyeee. Sory abah, mungkin abah rasa abah tak berjaya didik seorang anak perempuan menjadi girl girl gitu tapi percayalah abah, atiehh tak pernah terdetik nak jadi lelaki sepenuh masa pun (:

Abah, terima kasih kerana berlaku adil. Abah dah lakukan yang terbaik untuk anak anak abah. Percayalah, atieh dah berciri cirikan seorang wanita pun. Ayu gituuuu.... Awwwww so sweet tauuuu ! **okayy, aku perasann. tade la girl sangat kannn. tapi okay lah sikit dari dulu (: Hmmmm, tapi kalaulah boleh abah lihat sendiri atieh macam ni )':

I miss you abah<3

No comments:

Post a Comment