I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Friday, February 25, 2011

My PS.

Sekarang ni aku bukan nak cerita pasal PS 2, PS 3, PS 4 ke hapeee okayyy. 
Aku tak ade PS punn. 
Dan takkan beli pun benda alah tuh. 
Bukan sebab tak minat tapi takut terleka.
Okayyy, kembali pada tiltle entry aku okayyy.
PS bukan larh seperti 
play station, 
perpustakaan setempat, 
perempuan sundal 
atau pun ape ape yang disingkatkan menjadi PS. 
PS yang aku maksudkan adalah Peminat Setia.

Nak dijadikan story sekarang ni, aku appreciate sangat dekat sorang wanita cun ini kerana setia membace bebelan terlampau aku ni (: 
Katanyaa dari awal dah follow my blog even dia tak ada blog <3
Awwwwwww, so sweet kannn. 
Ini larh orangnyee,
Rabi Atul Adawiyah
Thnx ada sebab selalu menjengah dekat belog scha 
yang macam semak samun ni. 
Dengan cerita yang entah hape hapee.
Tapi awak suka bace jugak.
Pape pun saye hargainyee. 
This is SPECIAL THX okayy.
Terima Kasih daun keladi yee,
Lain kali jengah lagii (:
Kiss + Hug okayy

Wednesday, February 23, 2011

San Francisco

Masa ni hari Sabtu ye anak anak, saya baru lepas balik dari office. 
Wtf kan, hari sabtu aku kjeee ? HAHA, okayy sila abaikann. 

My lovely sis datang ambil aku kat rumah sewa aku. 
Dimana ? 
Di Bangi larhhh. Haiyooo. 
Malas nak balik lagi maka dengan itu menjadi kutu rayau sebentar di The Mines. 
Yee sayang, saya memang selalu pergi sana sebab itu satu satunyee Shopping Complex yang ada tempat karaoke  dan ianya berdekatan dengan rumah parents aku. 
Nak senang cerita, 1 jalan je nak balik dari Bangi ke Cheras. 
Jadi singgah sebentar (: 

Sampai situ je mesti nak makan. 
Tengok Mines je nak makan. 
Lalu Mines je pun nak makan. 
Dok umah je pun asek ingat nak makan dekat Mines.. 
Okayy, itu aku tipu sangat. 
Melebih pulakk. 
Tiba tiba ternampak ini, 
Wahhhh bergelora bergelodak hati ini lagi ingin makan makan makan dan makan. 
Ada sesiapa nak belanjaa ? 
Ohh kakak ku yang sangat shantek lagi baik hati tak kurang juga dengan pemurahnyaa... 
Kau jangan buat buat tak tahu yeee. Sape lagi yang ada kat sini kalau bukan kauu. Belanjeeeeee ! 
**dengan nada mengada ngada, sampai kau rase nak tunjal tunjal kepala aku**

Yesss, itu diaa. Dia senyum. 
Orang kata kalau senyum tandanyee setuju. Hehe. 
Sayang kau kakchik ! Muahhh muahh laaa ! 
**eleh kau scha, orang banje baru nak syg muah muah segala bagai kannn**

Kau tak nampak ke muka aku yang innocent gila ni ?? 
**asal innocent warne pink weyhh ?**
Ahhh suke hati lahhh !
Maksudnyee aku memang syg semua org tak kira la kau belanje ke takk... 
Tapi biasa laaa, kalau belanjee, sygnye lebih sikittt (: Tetttt !

Okayyy dah sampai punnn, my fav Beef Lasagna  Chocolate milksahake.
Awwwwww, sukeeenyeeeee 
Yang ayor kaler hijoww tuh, haku lupe la air peee. 
Yang itu kakchik punyee (:

Yang ini pun kakchik punyeee.
Pizza ni tade nama sebab request topping sendiri.
Ada beef pepparoni, Chicken hape ntah aku lupee, ada mushroom dan ntah hape lagi laa.
Tade masa nak hingat semua tuh. 
Yang penting masuk perut kenyang sudaaa (:

Oittttt, curikkkk ! 
Haha, tape tapee. 
Cuba tengok pizza kau tade atas meja kann. 
Sebab aku dah curik pizza kau masuk dalam beg aku. 
Lalalallallaaaa, okayy aku tipu lagi =.='

"Chocolate ohh chocolatee, walau kau menggempalkan haku.
Aku tetap shentaakanmuuu..."
Poodahhhhh !
**tak payah nak mengeadix sgt**

Okayy, ini perkara WAJIB yeee lepas makan. 
Mengeadix jup depan cameraa 

Lepas kenyang rasa tak adil asek kakchik je yang belanjaaa..
Maka dengan sifat keperihatinan aku ni, 
hape lagi yang boleh aku buat kalau si kakak aku yang suka makan tadi tu menyuruh adiknya yang shomel dan rock ini belanje karaokeee.

Hapeee ? karaokeee ?
Uiii pandai kau ye kakchik.
Yela yelaaa, jum la karaoke.

Anda bertuahh kerana hari ini saye nyanyi untuk anda. 
Bukan senang nak dengar dan tengok sekali ni.
Sebelum tuu,
Sila abaikan segala bergerakan dan suara sumbang di dalam ini video okeyhh !
Jum play !

video

Haaa, inilah hadiah untuk kau orang.
Apa ? Apa ? Tak sedappp ? Sumbang ?
Haku pedulik hapee derrr...
Dah bagi hadiah tu, kire bersyukur tauuu.
Scha Hashim niii..
Bukan calang calang orang bole nyanyi sesumbang ini !
HAHA HAHA
I loikeeee, okayy dahh.
Bye.

Monday, February 21, 2011

3rd time ber 'beruk ghaa' agagagagaaa


Disebabkan aku tersangatlah KO S O N G sekarang ni, maka dengan itu aku pun dengan rela hatinya memyibukkan diri aku dengan aktiviti aktiviti yang bole membuatkan rasa kosong aku terisi. Kalau kau orang baca entry yang before this aku pergi berbasikal kan, entry kali ni pulak aku pergi ber'BROGA' lagi. Okayy abaikan ejaannya di title entry. Saje buat toppp. Apa tu broga ? Broga itu sejenis gula gula yang sangat pahit tetapi disukai ramai orang. Okayy, aku tipuuu ! Broga itu bukit la sayang sayang sekalian. Bukit Broga @ Broga Hill okayyy (: 

Ini kali ketiga aku memanjat ke sana. Kali pertama dulu dengan si dia yang lama, kali kedua pula berseorangan memanjat ke atas sana dan kali ketiga ini bersama ex-classmate masa kat college. Okayy, sumpah best, so hari ni nak upload picture masa menjalani aktiviti memanjat ini. 

Apa ? Kali kedua berseorangan ke sana ? Ye sayang, aku ke sana seorang sahaja. Mintak tolong kawan hantar aku ke sana, mereka pula pergi melepak sementara menunggu aku turun semula dan aku memanjat seorang diri. Then, dah turun aku call laa, datanglah mereka ambil aku semula. Masa itu mahukan ketenangan, jadi seorang diri apa apa pun boleh dijadikan aktiviti.

So sekarang tatap lah kau orang picture picture kami yang tak seberapa photoghenic ini, 

Ini pukul 6.30 pg di petronas seksyen 8, bandar baru bangi (:
Muka baru bangun tidur kannn, dan yang paling penting,
muka tanpa make up okayyy sayanggg <3

Yaahhh, itu dia muka aku yang sakai gilaa sebab kena makan ubat pagi pagi buta.
Eeee, tamau laaaa )": Tak sedap.



Panjat kak limah panjattt !! HAHA

Ini model broga hill ye anak anak (:
"engat awak awak hot sangat kee ??"
Sekian terima kasih.

Ini pula picture candid yang sempat bella snap tanpa pengetahuan aku.
**nampak mcm berlakon ke ?**
Hey heyyy hang jebat ! Aku tak berlakon okayyyy. 
Ini memang candid. Hee yela yela, yang paling bawah tak candid.
Puas hati kau? Grrrrrr =.='

Hokayy, semua nak interframe kannn.. Silakan !

Dah balik ni, so pergi lepak minum minum dulu laaa kann.

Cinta berputik di bukit brogaa, lalallallaaaa 
HAHA, okayy aku gurauu yee. 
mintak maappp kawan (:

Mereka ini in love okay <3
Happy for them.

Apa apa pun aku nak bagitau, aku happy masa ni. 
Kalau duk rumah pun buat aku lagi memikirkan benda yang tak sepatutnya. 
So 'jalan terbaik'
sila 'busy'kan diri anda. 
ok dah, buhbye !

Saturday, February 19, 2011

Basikal itu pengubat tauuuu (:

Hoi hoi kau orang.... hoi rindu lah !! Dah lama tak membebel di sini. Yela aku kan MC, sekali dengan belog ni pun MC jugak lahhh. Aku dapat MC sampai 3hari tauu ! Tambah dengan cuti Maulidur Rasul hari selasa lepas, bermaksud 4hari lah aku di rumah hanya terbaring menanti orang melayan kerenah aku ni. Terima kasih kawan kawan. Silalahh jeles ye semuaaa (: Yela, dengan tiba tiba je aku boleh demam mengejut babe ! Dengan aku aku sekali terperanjat. Ntah macam mana boleh demam. Tapi sekarang dah beransur pulih. Alhamdulillah...

Aku memang dah lama gila nak naik basikal. Merengek rengek aku dekat semua orang yang aku nak sangat naik basikal. Dari awal tahun hari tu kut. Tapi tade sape pun nak bawak aku. Kesian kannnn. Tapi diatas belas kasihan semua housemate aku, dorang bawak aku ke taman botani, putrajaya. Wahh wahhhh, belas kasihan ?? Ye anak anak sekalian. Belas kasihan laaaa, tak kan la dorang nak tinggalkan orang sakit sorang sorang dekat rumah kannn.

Maka dengan itu happylah aku sepanjang perjalanan ke taman botani itu. Hati dah berbunga bunga riang. Tak sabar nak naik basikal. Bila sampai je aku terus pilih basikal yang aku nak, Dan aku pilih basikal ala ala cerita korea gitu tauuuu. hehe Aku pun mengayuh dengan rakus sekali. Mana tak nyeee, beria ia aku nak naik basikal. Memang dah sama macam kera kena belacan laaa. Ehhh bukan bukan, salah pepatah. Dah macam kera dapat bunga la jawabnye. Nak terlompat lompat jugak la atas basikal tuu, punya lah happy dapat naik basikal.

Bila aku kayuh basikal tu sampai tepi tasek aku nyanyi nyanyi. Wahhhh, sungguh nyaman. Suka betul aku tempat tempat relax macam tuuuu. Sumpah aku rasa tenang sangat sangat. Tapi terdetik jugak dalam hati aku ni, kan best kalau datang tempat yang aku suka ni dengan orang aku aku sayang. Sape setuju ?? Angkat tangan macam saya ni 
**gaya ala ala pengerusi kelab kebudayaan kampung pisang cerita hantu kak limah balik rumah** 
HAHA, macam banggang kan cerita tuuu. Sumpah aku gelak sampai habis cerita tu, burger kat tangan yang aku nak makan masa tengok cerita tuh pun sampai ke sudah aku tak gigit. HAHA asek dok tergelak jeee, memang tak sempat aku nak jamah langsung ! Okay okayyy, dah lari cerita lain ni. Balik pada cerita yang asal.

Motif aku cerita pasal aku dapat naik basikal ni sebab, lepas aku dapat naik basikal je tiba tiba dari demam, punya lah aku hyperrr sampai semua perli. 
"Aikkkkk, kenapa orang sakit ni macam hyper semacam jee ? Terlebih dari orang sihat nampaknye " 
Haaaa, macam tula aku  kena perli. Then demam serta merta hilang babe ! HAHA pengubat demam rupanyeeee. Kalau aku tau, dah lama aku pergi naik basikal tauuuu.

Tapi sumpah pas ni aku nak pergi main basikal dengan seseorang yang aku rasa selesaa. Tapi sape ek ?? Sape nak ikut angkat tangan macam saya lagi sekali ! HAHAHA

Friday, February 11, 2011

meng'edit' ke mengedit ? macam lebih kurang mengedik jee



sumpah tengah busan tahap gaban.
tak ada apa nak buat.
tak ada yang mahu meng'happy'kan hati ni haaa.
jadi, inilah hasilnya dikala busan melanda jiwa.
biasa biasa sajeee.
the important thing is, 
I miss you damn muchh !
ok dah, bye !

Wednesday, February 9, 2011

Nama saya Cikgu Scha, selamat berkenalan (:

Hari Pertama
Cikgu : Assalamualaikum, saya cikgu baru kamu semua. Kamu semua bole panggil cikgu, sayangs **scha jangan gatal**. Tak tak, kamu bole panggil saya cikgu scha (:



Murid murid : Okay cikgu scha yang shomel (:


Cikgu : Hamboi hamboi, awal awal lagi dah pandai nak amek hati cikgu yee **blushing blushing gituuu**. Hari ni kita buat ice breaking okayyy. Kamu keluarkan satu kertas, kemudian tuliskan nama penuh berserta nama manja manjaan kamu semua okay.


Murid murid : Baik cikguuuu… **semua mengeluarkan kertas dengan excitednyeee**
Cikgu : Jangan lupa tampalkan gambar pastport kamu skali yee. Lepas tu hantar kertas tu dan kamu bole balik **muka tak bersalah**.


Murid murid : Huhhh ?? 0.O ??

Ini ke yang dinamakan Ice Breaking ? Hoh, Ice Breaking hapenyee. Bukan ke Ice Breaking tu kena main face to face. Kalau tak macam mana nak kenal kann.



Hari Kedua
Cikgu : Hari ni cikgu tak ada mood nak mengajar, class cancel **muka sedih + muka tak bersalah lagi**.


Murid murid : Yesss !! **cakap dalam hati ramai ramai **



Hari Ketiga
Cikgu : Malam tadi cikgu dah baik dengan Boyfriend cikgu **muka ceria berbunga riang **, jadi hari ni kita semua buat kerja sendiri **muka tak bersalah lagi sekali**.


Murid murid : **berbisik sesame sendiri** Bila nak start belajar ni.



Hari Keempat
Cikgu : Hari ini cikgu ada homework nak bagi pada kamu semua.


Murid murid : Eh cikgu, kita kan belum start belajar lagi. Macam mana nak buat homework cikgu ?


Cikgu : Homework kamu senang je, esok kamu datang sekolah setiap orang kena bawa apa apa saja jenis makanan.


Murid murid : Baik cikguuuu (: **bisik bisik sesama sendiri lagi ** Kite dah nak start belajar la esokkk. Tapi nak buat apa dengan makanan ?



Hari Kelima
Kesemua pelajar datang dengan membawa ‘homework’ yang diberi oleh cikgu.

Murid murid : Cikguu, kita nak buat apa dengan makanan ni semua cikgu ?


Cikgu : Okay semua kumpulkan semua makanan yang kamu bawa ni atas meja depan tu.


Semua murid mengikut segala arahan cikgu dengan mengumpulkan kesemua makanan dan kemudian kembali ke tempat masing masing.
--------------------------------------------------------
Cikgu : Ketua kelas bacakan doa.


Ketua Kelas : Bismillahirahmanirrahim, Allahummatahalainaa… **tak sempat menghabiskan, cikgu menyampuk**


Cikgu : Ehh ehhhh, yang kamu baca doa menerang hati tu kenapa ?


Murid murid : Kita kan nak mulakan kelas, baca doa tu la cikgu kannn ?
Cikgu : Takkkk, hari ni kita tak belajar. Kita buat jamuan makan makan je okay **lagi sekali muka tak bersalah**.


Murid murid : Tak belajar lagi ?? =.=’



Hari Keenam
Cikgu : Esok, kamu semua agih agihkan senarai yang cikgu bagi pada ketua kelas kamu ni yee. Pastikan setiap orang bawa apa yang cikgu dah tulis tu.


Murid : Baik cikguuuu. **bisik bisik lagi** apa lagi la yang cikgu nak kita bawak kann.

Senarai adalah seperti berikut,
1) Gula
2) Garam
3) Susu
4) Kangkung
5) Ajinomoto
6) Ikan
7) Telur
8) Ayam
9) Roti
10) Jem Strawberry
11) Kunyit
12) Minyak Masak
13) Cili
14) Bawang
15) Maggie *penting*




Hari ketujuh
Cikgu : Kamu bawak tak senarai yang cikgu suruh kamu bawak semalam ?


Murid murid : Bawak cikguuuu.


Cikgu : Bagusss murid murid. Ni yang buat cikgu sayang kamu semua ni. Okayy sekarang ambil plastik ni. Dari depan pas pas ke belakang dan masukkan semua barang yang kamu bawak tuh dalam plastik ni paham ?


Murid murid : Ehh kenapa cikgu ? 


Cikgu : Hari ni dah masuk tengah bulan. Duit cikgu pun dah sengkek sangat sangat. Jadi terima kasihlah atas bantuan kamu semua ni yeee **tetap buat muka tak bersalah**


Murid murid : Huh ??????????? **muka pelik gile gileee**


Cikgu : Eh semalam cikgu lupa nak masukkan 1 lagi benda dalam senarai. Make sure esok kamu semua jangan lupa bawak sorang 1 okay.


Murid murid : Apa dia cikgu ??


Cikgu : Air Mineral... Cikgu tak nak minum air paip **kali ni mmg buat muka tak rasa bersalah langsung !!**


Murid murid : =.='  =.='  =.='  =.='  =.='  =.='  =.='  =.='  =.=' 


Selalunya bila kau orang jadi seorang murid / pelajar, kau orang selalu taknak buat homework. Bila cikgu bagi kerja je mesti tak siap. Time kelas rasa mengantuk nak tidur. Belajar tak focus dan banyak lagi laaa.. Tapi cuba bayangankan kalau cikgu kau orang prangai macam ni. Tau pulak kau orang rasa nak balajar pulak. Kalau aku jadi cikgu memang inilah aktiviti pembelajaran yang akan aku ajar. Memang rosakkkkk laa jawabnye semua student aku.

Tuesday, February 8, 2011

Apa nak buat jika Si dia larikan & jauhkan diri. Jejak pun tak ada.

Hari ni kerja kerja kerja tersangat sangatlah buzy tauuuuu. Kalau ada sesiapa yang nampak aku on9 je 1 hari ni, itu bermakna aku memang on9 tapiiiiii aku buat kerja okayyy. Banyak sangat boss bagi kerja tadi tapi dengan sepantas kilat aku menyiapkannya. Tak reti betullah nak tangguh tangguh kerja ni.. 
**scha, kau jangan nak poyo sangat okay, kau nak kate kau pekerja terrrrajin la ni ?? eeuwwwww, geli okay.
Ishhhh, mana aku pergi ada je kau yang membebel. Semak okayyy. Hari ni nak cerita pasal apa ye ?? Okay, aku ada soalan untuk kau orang semua. Soalan berbunyi begini,

Apa yang kau orang nak buat jika teman lelaki / si dia yang kau orang sayang sangat sangat dengan tiba tiba jauhkan diri dari kau orang ?

A) Adakah kau nak kejar si dia disebabkan terlalu sayangkannya ? 
B) Atau kau nak biarkan si dia jauhkan diri dan terus menyepi ? 
C)Atau mungkin juga kau hanya ini terus menunggu, menunggu dan menunggu sehingga segalanya kembali pada sedia kala ?? 

Antara berikut, yang mana kau orang pilih ? 

Jawapan A
Jika kau orang kejar si dia, sampai bila kau orang boleh mencapai kelajuannya ? Sampai si dia berhenti ? Tapi bila ? Haaaa, itulah yang menjadi persoalan sekarang. Letakkan diri kau orang pada tempat seorang wanita. Ada teman lelaki tetapi dalam keadaan tiba tiba si teman lelakinya hilang entah kemana tanpa sebarang berita. Macam mana nak kejar kan kalau berita pun tak ada. Jangan kata berita, jejak pun tak ada ! Macam ni,
huhhh, tak ada jejak macam ni tauuuuu. 
Hohhh, mana lah kau orang nak cari kannn =.=


Jawapan B
Jika kau orang biarkan si dia jauhkan diri dan terus menyepi. Situasi tetap dalam keadaan yang sama seperti situasi tadi. Teman lelaki seorang wanita menghilangkan diri tanpa berita. Macam mana kau orang boleh biarkan si dia terus diam dan menyepi terus sedangkan dalam kepala dan hati kau orang asyik teringatkan si dia. Macam mana nak atasi pemikiran kau orang ? Waktu belajar / kerja kau orang mungkin terganggu disebabkan semua ni.

Jawapan C
Jika kau orang terus menanti tanpa jemu, apa yang kau orang dapat ? Mungkin si dia dah pun ada seseorang yang lain. Seorang yang mampu menjaga hati dan perasaannya lebih dari kau orang. Tapi macam mana nak tahu ? Sedangkan satu khabar berita pun tak ada. Jadi wajarkah kau menuduhnya ada penganti yang lain ? Memang tak wajar kan.... Tapi persoalan di tunding pula kepada si lelaki, wajarkah si dia menghilangkan diri tanpa sebarang berita ? Jawapannya tetap sama, ianya tetap tidak wajar. Mungkin tak adil bagi si dia jika kau orang terus menuduhnya tanpa usul periksa, sedangkan kau orang tak tahu apa masalah yang dihadapi orang si dia. Tapi, adil ke jika kau orang terus menunggu untuk mendapatkan penjelasannya ? Sedangkan kau orang pula tak tahu sampai bila kau orang harus menunggu.

Ada yang berpendapat bahawa janganlah ada yang menyimpan anggapan bahawasanya si lelaki ini tak peka dengan sesuatu perhubungan / persahabatan. Malah setiap butir ayat yang keluar dari mulut kawan pun di analisisnnya dalam diam. Tapi jika dalam situasi ini, tak dapat aku nak sebelahkan mana mana pihak kerana masing masing ada sebab untuk melakukan sesuatu. Kan ada lebih baik berterus terang sebelum melakukan apa apa keputusan daripada terus menhilangkan diri. Kalau ada tanda tanda dia menyepi, maka dengan itu ada kemungkinan dia sudah pun mahu memutuskan hubungan. Tapi semua itu mungkin ada penjelasan yang tersendiri.




p/s : jangan main lari lari laaa, 
nanti kalau kau jatuh then terluka baru kau tahu.

Sunday, February 6, 2011

orang nak karaoke, kau yang batuk batuk tak sihat pun nak jugak =.=

Eh, eh HARUS lahh ! Takkan la kau orang nak tinggalkan aku layan perasaan gundah gulana aku ni kat rumah jee. Maka dengan itu tersangat sangatlah harus untuk kau orang bawa aku berkaraoke bersama (: ngee ~

Mari menonton video karaoke yang dirakam oleh kami 
Eh sory sory. Kau orang tak boleh menonton video ini kerana camera tak statik lalu terjatuh tanpa aku dan kawan kawan semua sedar. 
Masing masing sedang asyik berkaraoke, memang tak kan perasan la camera dah jatuh kannnn. 
Tapi tak apa, kau orang boleh play sahaja kerana ada suara sumbang mambang yang sedang memekak melalak dalam video ini. 

Tak padan dengan demam, batuk melampau lampau, sakit tekak, suara sengau, nafas tercunggap cunggap disebabkan selesema dan banyak lagi laaa, tapi nak melalak jugak. 
Mahu tak nyeee, nak ubat kesunyian di dada...
Haaaa, dengarkan cik suara sengauuuuuu ini !
**sebelum itu sila pastikan lagu di belog saye ini di 'pause' dahulu 
agar pendengaran anda terhadap suara di video ini berjalan dengan lancar (:

video

Haaaa, dah dengar suara cik sengauuuu yang melampau lampau tuh nyanyi ? 
Jangan gelak okayyy !
Boleh pulak cik sengau ini penat nyanyi lagu tuuu, haha memang terasa macam berlari marathon la yee anak anak. Part part tinggi semua terkucil sebab nafas tak cukup.
Ini semua sebab kau cuaca, buat aku demam. Tak boleh nak berkaraoke habis habisan.
Ye yeee, aku tau memang tak sedap punnnn. Tapi nak buat macam mana kan. 
Tengah tak sihat pun ngada mengeadix nak join karaoke jugak, haaaa apa lagi, hamikkk kauuuu suara sengauuu. Haha
Tape tape, lain kali aku minum air asam jawa banyak banyak supaya terserlah kemerduan suara kuh !!!

**Kuang kuang kuang... jangan nak perasan sangat bole tak scha, suara kau memang tak sedap ber'cream' di sukai ramai punnn. Jadi tak payahlah nak berlagak diva macam kau tu ratu rock kadang kadang bersuara balada.

Uishhhh, senyap kau ! 
Yeeeee, lepas ni tak karokkk dah ! Tau lah nanti hujan kannnn =.= 
Grrrrrrrr

Terima kasih sekali lagi kerana sudi membawa kanak kanak riang yang tak berapa riang sejak kebelakangan ini berkaraoke melepaskan tension. Saya sayang anda semua ! Aaaaa, nak karaoke lagiiiiiii. Itu buat aku rasa terlepas segala kesunyian yang terletak di dada ini.
Nak lagiii, nak lagiii, tak kira nak lagiiiiiiiiiiiiii (:

Dush dushh !
** haa, dah pengsan pun budak sengau ni dah kena tumbuk. bising jee. hamik kau, senyap terus.