I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Tuesday, February 8, 2011

Apa nak buat jika Si dia larikan & jauhkan diri. Jejak pun tak ada.

Hari ni kerja kerja kerja tersangat sangatlah buzy tauuuuu. Kalau ada sesiapa yang nampak aku on9 je 1 hari ni, itu bermakna aku memang on9 tapiiiiii aku buat kerja okayyy. Banyak sangat boss bagi kerja tadi tapi dengan sepantas kilat aku menyiapkannya. Tak reti betullah nak tangguh tangguh kerja ni.. 
**scha, kau jangan nak poyo sangat okay, kau nak kate kau pekerja terrrrajin la ni ?? eeuwwwww, geli okay.
Ishhhh, mana aku pergi ada je kau yang membebel. Semak okayyy. Hari ni nak cerita pasal apa ye ?? Okay, aku ada soalan untuk kau orang semua. Soalan berbunyi begini,

Apa yang kau orang nak buat jika teman lelaki / si dia yang kau orang sayang sangat sangat dengan tiba tiba jauhkan diri dari kau orang ?

A) Adakah kau nak kejar si dia disebabkan terlalu sayangkannya ? 
B) Atau kau nak biarkan si dia jauhkan diri dan terus menyepi ? 
C)Atau mungkin juga kau hanya ini terus menunggu, menunggu dan menunggu sehingga segalanya kembali pada sedia kala ?? 

Antara berikut, yang mana kau orang pilih ? 

Jawapan A
Jika kau orang kejar si dia, sampai bila kau orang boleh mencapai kelajuannya ? Sampai si dia berhenti ? Tapi bila ? Haaaa, itulah yang menjadi persoalan sekarang. Letakkan diri kau orang pada tempat seorang wanita. Ada teman lelaki tetapi dalam keadaan tiba tiba si teman lelakinya hilang entah kemana tanpa sebarang berita. Macam mana nak kejar kan kalau berita pun tak ada. Jangan kata berita, jejak pun tak ada ! Macam ni,
huhhh, tak ada jejak macam ni tauuuuu. 
Hohhh, mana lah kau orang nak cari kannn =.=


Jawapan B
Jika kau orang biarkan si dia jauhkan diri dan terus menyepi. Situasi tetap dalam keadaan yang sama seperti situasi tadi. Teman lelaki seorang wanita menghilangkan diri tanpa berita. Macam mana kau orang boleh biarkan si dia terus diam dan menyepi terus sedangkan dalam kepala dan hati kau orang asyik teringatkan si dia. Macam mana nak atasi pemikiran kau orang ? Waktu belajar / kerja kau orang mungkin terganggu disebabkan semua ni.

Jawapan C
Jika kau orang terus menanti tanpa jemu, apa yang kau orang dapat ? Mungkin si dia dah pun ada seseorang yang lain. Seorang yang mampu menjaga hati dan perasaannya lebih dari kau orang. Tapi macam mana nak tahu ? Sedangkan satu khabar berita pun tak ada. Jadi wajarkah kau menuduhnya ada penganti yang lain ? Memang tak wajar kan.... Tapi persoalan di tunding pula kepada si lelaki, wajarkah si dia menghilangkan diri tanpa sebarang berita ? Jawapannya tetap sama, ianya tetap tidak wajar. Mungkin tak adil bagi si dia jika kau orang terus menuduhnya tanpa usul periksa, sedangkan kau orang tak tahu apa masalah yang dihadapi orang si dia. Tapi, adil ke jika kau orang terus menunggu untuk mendapatkan penjelasannya ? Sedangkan kau orang pula tak tahu sampai bila kau orang harus menunggu.

Ada yang berpendapat bahawa janganlah ada yang menyimpan anggapan bahawasanya si lelaki ini tak peka dengan sesuatu perhubungan / persahabatan. Malah setiap butir ayat yang keluar dari mulut kawan pun di analisisnnya dalam diam. Tapi jika dalam situasi ini, tak dapat aku nak sebelahkan mana mana pihak kerana masing masing ada sebab untuk melakukan sesuatu. Kan ada lebih baik berterus terang sebelum melakukan apa apa keputusan daripada terus menhilangkan diri. Kalau ada tanda tanda dia menyepi, maka dengan itu ada kemungkinan dia sudah pun mahu memutuskan hubungan. Tapi semua itu mungkin ada penjelasan yang tersendiri.




p/s : jangan main lari lari laaa, 
nanti kalau kau jatuh then terluka baru kau tahu.

No comments:

Post a Comment