I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Friday, May 27, 2011

Kalau sayang, cheeewahh ^_^

Assalamualaikum semua stalker.
Sekarang jam menunjukkan 6.07 minit pagi.
Anda semua diminta bangun untuk menunaikan solat subuh.
Sekian terima kasih.

Mintak maap la ye kalau entry ni mengganggu.
Tujuan entry ni bukan la sebab nak kejut solat subuh jee.
Tapi nak cite la kat sini kan, 
Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku diwaktu waktu begini.
Cheeewahhh, macam serious benor gamaknyeee...
Dan sebab itulah terlahirnya entry ni..

Apa yang mengganggu fikiran aku ??
Actually, tade la mengganggu pun.
Just merenung masa depan yang tak dapat diramalkan.
Agak agak korang, apa yang akan terjadi pada diri korang dalam masa 5 ke 8 tahun ke hadapan ?
Dah ada kereta ?
Dah ada rumah ?
Dah ada kerjaya ?
Ataupun dah ada keluarga sendiri ?

Okayy, katakan la kau orang dah ada keluarga sendiri,
Siapakah gerangan laki / bini korang tu ???
Jeng jeng jeng.. HAHA
Uishhh, bila pikir pasal ni jantung i berdebar debar pulak nokkk. **style ala ala mak nyahhh 
Oiiii, dah dah ! Jangan nak geadix sangatlah. =.='
Yela yela, teruskan lagi.
Okayy, cuba pikir pulak kalau kau tak dapat kawen dengan orang yang kau sayang ??
ADAKAH ANDA SANGGUP ?! 
Haaaaa, hamek kauuuuu.. 
Haha, macam over sangat jeee... 

Kawan kawan semua, mari sini saye scha nak cerita.
Bila kita sayang, tak semestinya kita harus memiliki.
Walau macam mana sayang sekali pun kita kepada seseorang / sesuatu, kita tak seharusnya berfikiran bahawa kita harus memilikinya ye kawan kawan.
Tetapi jika kita berjaya memilikinya, itu tak bermakna kita akan memilikinya selama lamanya.
Maka dengan itu kita seharusnya 
bersedia untuk kehilangannya pada bila bila masa.
Ramai orang kata, 
kalau kita sayang seseorang, kita kena lepaskan orang yang kita sayang tuuu.
Betul ke ??
Eh eh, ramai yang pelik. Dah sayang, tapi kena lepaskan ?
Susahlah kalau macam tu.
Bila sayang je lepaskan ! Bila sayang je lepaskan lagi !!
Dah tu, bila nak kekal !!!
Wahhh wahhh, bagus pertanyaan tu.
Tapi relax derrr, jangan la emo.
Mai sini cheq nak citaa lagiii.. **hamboiii, loghat penang pulakk
Bila sayang, kita kena lepaskan bukanlah bermaksud seperti korang fikirkan.
Contoh, 
Haaaaa, korang nampak tak ikan yang cantik cantik ni ??
Katakanlah kau bela ikan, ikan kau duduk sekor je dalam balang kaca.
Tak ada kawan. Kesian kannnnn.
Cubalah kau sorang sorang, tak ada kawan. 
Tak macam orang gila plak kau kannn.. 
Ok, sambung lagi.
Kau pun kesian kat ikan kau tu. 
Kau nak dia rasa kebebasan dengan melepaskan dia kat laut / sungai.
Biar dia ada life dia dengan ikan ikan lain.
Walaupun hati kau berat, kau lepaskan jugak.
Tapi kau kena percaya, 
kalau betul ikan tu sayangkan kau, dia akan berenang kembali kepada kau.
Samalah jugak macam manusia.
Kalau sayang lepaskan jee.
Tak payah la aku nak explain lagi dah.
Pandai pandai korang laaa nak paham.
Maka dengan itu saya ingin menyeru kepada semua belia yang telah melepaskan orang tersayang,
Jangan lupa join hari belia kat Putrajaya hari ni dan esok.
Hari belia ramai orang muda kan.
Jom ramai ramai jadi jodoh.. HAHA
**okay, pesanan yang terakhir ni gurau je okayyy !!!
jangan ikut !! (sambil buat muka serious gila gilaa)

Ok dah, bye c(:

Tuesday, May 17, 2011

Bila dah malas bercinta, macam mana ?

Hoi peminat !
Woww,  like i have fans here HAHA sungguh kelakar. 
Ahh, tak kelakar okayy,  
If you wanna think im a perasan, go ahead lah i dont mind.
Ye memang perasan bila diri ini ada peminat
Im so sorry ive been so busy
Just wanna say, 
No im not dead people, im still very much alive and fat thank you (:

Actually, malas gila kut nak update belog bebelan ni,
mungkin atas sebab broadband dah tak ada.
Tengoklah, title entry pun pasal malas kan..
Maka dengan itu memanglah malas nak mencari line dimana aku bole menaip sepanjang panjang entry untuk diluahkan bebelan aku ni.

Okayy, nak tanya.
Mesti korang semua pernah putus cinta kan ? 
Mestilah pernah. 
Tapi pernah tak korang rasa tak ada perasaan untuk kembali bercinta ?
Yang itu tak ramai yang pernah rasa kannn.
Sebab orang kata setiap manusia tak boleh hidup tanpa cinta.

Pernah tak korang fikir kenapa ada orang yang malas nak kembali bercinta ?
Adakah sebab mereka takut untuk memulakan semula sesebuah hubungan atau ada sebab lain yang tak dapat nak dijelaskan ?
Wahhhh, serious plak entry nih kan..
Okayy sorry sorry, suddenly jee banyak soalan pulak.
Dah ngupe inspektor polis dah ! HAHA

Aku pernah terasa malas nak bercinta.
Bukan sebab masih teringat kenangan atau apa apa, tapi sebab seseorang manusia perlukan ruang untuk diri sendiri.
Tak kesahlah ruang untuk mengenali diri sendiri atau pun dunia.
Give me some space !
**hok alohhh, ghapo mu ni comel noo

Ingat senang ke nak mengenali seseorang untuk dijadikan seseorang teman ?
Its hard if you serious and easy if you are not
haaaa senang kan maksudnyee.

Dulu masa kat sekolah, korang bercinta segala bagai, korang tak fikir orang lain langsung.
Yang korang tahu, bf/gf korang sahaja. 
Bila dating, terasa ada bunga bunga dalam hati.
Senyum sampai nampak semua gigi.
Kalau boleh sekali dengan gusi.
Tak kesah dah apa orang lain kata.
Semuanya manis, semuanya wangi.
Kalau gaduh, menangis gila gila.
Pujuk hape ntah lagi kann...
Kecewa gila gila babi bila putus cinta.
Tapi bila semua tu korang dah lalui masa sekolah, bila dah habis sekolah, semuanye berubah.
Betul tak ?
Bercinta jadi tak serious sangat.
Ada yang masih serious tapi pengalaman mengajar untuk lebih berhati hati.
Setelah dikecewakan banyak kali, kali ni kecewa malas nak fikir sangat.
Whyyy ??
Sebab dah malas.
Dan sebab tu jugaklah perasan malas nak bercinta muncul,  
macam yang aku tanya korang tadi.
Tapi pernah tak kita cari cara macam mana nak munculkan perasan untuk bercinta semula ?
Tak kesah lah dengan orang yang sama atau pun tidak.

Senang jee, 
kita kena cari ini, 
Perasaan dimana kita mula mula merasa cinta (:

For baba : Sorry aku guna this picture as example for my entry. HAHA,
suka hatilah kan, ni pic aku jugak. Lalalaaa
Kata member kan.. (:

Ok dahhh, habissss !

Saturday, May 7, 2011

Hari mak mak sedunia.

Assalamualaikum semua,


Ini mak aku.
Dia garang.
Suka cubit orang.
Suka membebel.
Suka berleter.
Suka makan.
Semakin berumur,
makan nak western jeee.
**hamboi hamboi, demand !
Mc'D
Pizza
Subway
Kenny Rogers
Secrect Resepi
KFC
Habis semua dia balunnn...

Tapi bila nak order makanan mak order cam gini,
"Mak nak burger had dua lapih, ayaq kaler merah naa..."

Mak ohh makk.
Orang lain tak paham la mak.
Lain kali order macam ni,
"Mak nak Double Cheese Burger dengan air Merinda Strawwwwwberry okay"

Haha, itu mak aku.
Kau ada ?
HAHA

Mak memang rock !
Even mak lagi banyak membebel dari mendiamkan diri dari tengok anak dia yang sorang ni macam orang gila.
Mak tetap jaga aku ni.
Masakkan ikan talapia.
Tolong garukan belakang badan kalau gatal.
Picitkan ibu jari kaki kalau kebas.
Buatkan tocang macam ekor kuda.
Yang paling best, 
tolong habiskan makanan kalau aku tak abis.
**Nampok bona nipunyee.. =.='
HAHA, mana pernah aku tak habis makan.
Hobby kut.
Lalalalaaaa
Pape punnn, 
Selamat hari mak mak sedunia ! (:
I heart you mak.
Nak hug mak..
Awwwww, jum ciom ciom pipi mak..
Muah muah.
Gediks sikit lagi mak, 
Muahhhh muahhh.
Ok lagi sikit.
Muahhhhhhhh ! 
Haaaa, cun !