I made this widget at MyFlashFetish.com.

corner


Hye hye ! Welcome to Blog Bebelan Cikgu Secha! ^_^

Marquee

mood


kau kene bebel

Wednesday, February 20, 2013

Karma :)

Assalamualaikum semuaa :)
Hari ni saya update di tengah tengah malam yang sunyi sepi.
Rumah sunyi sepi, yang kedengaran hanyalah dengkuran luar biasa daripada semua housemate :p
Hahaha so comel ok !

Hari ni saya nak jadi cikgu.
Panggil saya cikgu scha ok murid murid sekalian.
Hari ni cikgu scha nak cerita satu cerita untuk awak awak semua.
Satu ketika dahulu, cikgu ada kawan baik. 
Semua benda nak sama je.. 
Pencil case sama, baju sama, kasut sama, gelang sama, beg skola sama, sampai underware pun nak sama :p
*ok, yg last skali tu cikgu tipu. haha*
Semua hobby pun nak sama.
Jalan pegang tangan...
Pergi skola, rambut tocang sama sama jugak.
Bff la katakan............

Macam ni, 


Tapi satu hari bfff cikgu tuh asal salah faham dengan cikgu.
Terus dia tak bertegur dengan cikgu..
Malah lepas tu dia buat cerita ntah apa apa belakang cikgu.
Cikgu sabar jela sebab cikgu sayang dia...
Tapi mcm mcm lg yang dia tokok tambah.
Bila dia dah berubah sebegitu rupa,
Semua barang yang kitorg beli sama macam kembar tu dia tukar.
Tanak pakai sama dah dengan cikgu.
Walaupun dia dah jadi macam backstabber,
Cikgu tak tukar sebab cikgu sayang semua tuuu, 
kebetulan pule, cikgu bukanlah anak orang senang nak tukar ganti barang macam tu jeee ;p
Cikgu tak marah bff cikgu tuh, cikgu tak benci pun dia...
Sampai sekarang cikgu tak tahu mana dia pergi.
Memang sedih bila bff yang kita paling sayang berpaling tadah.
Tapi redhaaaaaa je lerrrr yang mampu.
Kannn :)

hahhhh, hamek kau. 
sikit punya kejam jadi backstabber. 
kalau beran, frontstabber la kawan. kan kann.

Tapi cikgu nak ingatkan awak awak semua tau.
Walau macam mana kita baik dengan seseorang, 
Jangan pernah percayakan orang seratus peratus juta ribu ratus ok.
Sebab, sedangkan bffffff yg dah lama kita kenal pun bole backstab awak, 
ni kan pula orang yang baru awak kenal.
Tapi jangan risau....
Kalau katakan situasi yang cikgu cerita ni pernah jadi kat awak, 
tak apa ye sayang...
We have to learn from mistake.
All that can teach us how to aware about anything.
Dan dan dannnnn, cikgu nak tekankan sekali lagi ye kat sini, 
AWAK TAK PERLU RISAU, 
Cikgu repeat, 
Awak tak perlu risauuuuuu, 
Sekali lagiiiiiii, 
Awak takkkkkkk perluuuu risauuuuu sayangggggg....
Biar apa orang nak buat kat kita, 
Jangan kita buat orang.
Sebab, 
Setiap perbuatan ada balasannya :)

Its like karma sayang sayanggg semua,
What goes around comes around baby....

Tapi awak awak semua jangan jadi bangang sangat ye..
Kalau kata orang tu dah tumbuk sepak awk sesuka sesuki dia, 
Jangan la awak biar kan jugak...
Nanti lagi sekali cikgu panggil awak bangang..
Awak marah pulak kan.
Hehee, sorry sorry... Cikgu gurau je awak...
Maafkan cikgu kerana sedikit kurang ajar.
Sesungguhkan cikgu malas dah nak mengajar.
Iloveyouall
Ok byebyebye.


Sunday, February 17, 2013

Mr. Wrong part 6

Assalamualaikummmm lu orang rakyat rakyat beta.
Dipagi yang indah dan sejuk ni buat wa rasa nak ketiduran sampai petang.
Okay guys, rasanya ini episode terakhir untuk drama bersiri Mr. Wrong. hehe
Nak tahu apa jadi lepas ramai yang terasa dengan status wa?
Okay, ada yang sudah mengeti status itu untuk siapa dan ada yang masih lagi salah faham.
Tapi wa dh say sorry for those yang terasa malam itu jugak.

Tapi semuanya berubah pada keesokkan harinya.
Wa bbm Mr. Wrong, dia read tapi tak reply..
Wa peliks gila kenapa.
Ok, wa malas nak amek port sangat, so wa ignore je...
Tak sampai beberapa jam lepas tu wa usha bbm tengok dia da remove wa -,-
Apakah ini ??
Wa binggung, pelik, dan sebagainya.
Bak kata, macam macam rasalah yang wa rasa..

Mula mula wa rasa tak sedap sangat bila jadi macam ni..
Yelahhh, mana tak nyaa... Wa belum sempat nak cerita hal sebenar kat dia, dia da remove wa...
Yang lagi menyedihkan, berbulan bulan wa cari siapa dia, bila dah jumpa tak sampai sebulan pun dh jadi macam ni.
Sedih bhaiiii ! :'(
Wa sendiri tatau kenapa dan mengapa dia remove dia.
Wa tatau apa yang dia dah dengar, tahu, salah paham pasal wa...

Wa ada mintak nak jumpa dia, 
Yes, just jumpa jee...
Wa tanak tahu kenapa dan mengapa dia remove wa.
Wa just nk gtau apa yg wa nak gtau je..
Tapi apa nak buat. Tak ada rezeki nak jumpa punn...

Puas wa kena marah, kena basuh dengan teman wa, 
Last last wa redha jee tanpa tahu hal sebenar, 
Wa senyap, sepi tanpa kata apa.
Walaupun hakikatnya wa nak tahu apa sebenarnya yang jadi.
Tapi tak apalah..
Wa ikut cakap yang lebih arif tentang perasaan..
Mereka kata just think positive.
Kalau orang da tanak kawan, biarkan...
Tak elok memaksa kann :)
Okay, cerita habis disitu sahaja.

Lagu ni hadiah untuk kau orang, 


"I'm so sorry, but I love you......more more"


Kau gengster.

Assalamualaikum for those yang still setia hujung nyawa membaca bebelan wa ni.
Actually pagi ni wa taip untuk seseorang yang pernah jadi kawan wa.
Wa tak tahu kami masih lg berkawan atau tak..

Buat kau,
Aku tatau sama ada kau ada baca blog aku lg atau tidak...
Aku tahu kau dah kecil hati dengan salah satu post aku.
Post yg tak ada niat untuk kecilkan hati kau.

Honestly jujur dari hati aku.
Sesungguhnya aku tidak menipu.
1st time aku kenal kau, aku tengok kau ni seorang yang sangat bermulut lepas.
Dengan muka gengster kau tu lagi...
Dan ada yg pesan pada aku supaya jangan rapat sangat dengan kau.
Tapi aku ignore sebab bagi aku, berkawan je dengan semua org..
Org tu nak teruk mcm mana sekali pun perangai dia, aku tak pernah kesah.
Bagi aku biar aku kenal sendiri seseorang tu tanpa endah apa yg org nak kata.
Bak kata mak aku, " Selagi org tu tak buat salah dengan kita mcm apa yg org lain da cakap, kawan jela"
Lagipun tak ada salahnya kan...

Then aku tak sangka kau ada minat sama dengan aku.
Sumpah tak sangka langsung sebab dari luaran kau, muka garang and gengster.
Kau tak menunjukkan pun yg kau ada minat sebegitu.
Aku rasa kau awesome kot bila kau petik gitar dengan muka kau yg garang tu. haha
Hmmm tp, bila ada problem yg tak pernah pernah aku sangka ni..
Aku memilih untuk senyap, redha dan teruskan hidup aku macam biasa.

Satu je, aku suka kawan kau...
Tapi aku tatau dimana silap aku sampai jadi macam ni,
Aku rasa silap aku bermula lepas aku melangkah untuk mula berkawan dengan semua...
Sepatutnya aku tak patut kenal pun.
Sebab aku lagi rela tak kenal dr masing masing sakit hati macam ni.
Nice to know you bro...
Kau ada talent kot, pandai main gitar, suara pun not bad kot.
Terkezut jugak aku 1st time dengar suara kau..
Hmmm, jangan berhenti...
Teruskan je ok. 
Wa still support lu der...
:)


Thursday, February 14, 2013

Mr. Wrong part 5

Assalamualaikum....
Sehat tak ?
Kali ni kisahnya sedih sikit...
Kalau lu org baca post yg before this, wa still lg tk dpt nak cerita kat Mr. wrong kan..
Haaaa, itu yang buat wa sedih..
Nak tau sebab apa ? 
Keesokan harinya wa siap siap nak balik kg. halaman wa dengan kawan Mr. Wrong yang wa cerita pada post wa yg lepas tu.
Tapi wa takdalah naik dengan member dia tu...
Wa naik scooter wa sendiri and dia pun naik motor bising dia sendiri.
Cuma gerak sama sama menuju kg ku halaman ku.
Hee :)

Ok u'ollsssss, sampai je wa di kg. halaman wa, wa relax kepenatan.
Wa ingat terus nak bbm Mr. Wrong... tp wa sabar je sbb wa rasa dia mesti tengah tidur lg...
Macam penat sangat je..
Lepas lunch baru wa bbm dia.
Dia tnya wa asal balik tak bagitahu.
Wahai Mr. Wrong, wa da kejut lu dekat sejam kot...
Lu tidur mati gamaknya... -,-'
Haishhh apalahhh....

Petang tu dia ajak wa lepak dengan dia.
Tp disebabkan wa ada di kg. halaman...
So, takdalah lepak sbb katanya malam busy...
So batalkan jela hasrat nak lepak tu..
Tp, malam tu sgalanya berubah...
Wa update status dan dengan tak sengaja ada yang terasa dengan status wa.
Walaupun asalnya memang wa sakit hati, sedih dengan apa yang wa tahu..
Tapi yg tambah wa sedih sebab status yang wa tuju utk org lain, org lain pula yg terasa.
Hmmm... :( 

Maaf buat yg terasa, wa tak ada niat.
Sesungguhnya wa ini juga manusia.
Tp bila semua benda ni da jadi wa redha...

To be continue...


Wednesday, February 13, 2013

Mr. Wrong part 4

Assalamualaikum, kalau tak jawab berdosa kalau jawab pulaaaaaa sayangggg :)
Ye itu dia wa suka sangat tagline tuu. So comel ok.
Okay guys, continue next episode of Mr. Wrong ok.
Kami kawan macam org lain jugak.
Dia still datang office wa saban hari *chewahhh, saban bagai*
Wa juga masih sama, masih takut nak pandang, masih takut nak bercakap, bertegur, mahupun senyum..
Yang ada hanya hati berdebar debar bikin meletup dalam badan ni haa.
Wa dengan dia pun da lepak sama sebelum dia balik kekampung halaman pada hujung minggu.
Dipendekkan cerita, da beebrapa kali la wa lepak dengan dia.
Tapi, setiap kali lepak mesti dengan kawan kawan dia.
Wa tak kesah. 
Tapi wa tetap mencari peluang untuk ceritakan kenapa wa nak kawan dengan dia.
Tp masih tiada waktu yg sesuai.
So wa pun biarkan je..
Masih menunggu masa yang sesuai.

Satu malam, wa lepak lg dengan dia.
Tapi pd asalnya wa lepak dengan member dia skali.
Member dia nak balik kampung halaman dia dengan wa.
Kebetulan pula satu tempat yang sama.
Wa ok je kalau nak balik sama.
Wa balik keesokkan harinya sebab mommy wa tak bg ride motor memalam.
So member si Mr. Wrong ni pun nak follow wa balik pagi keesokkannya.
Wa tak kesah.

Al kesahnya wa lepak dengan mereka dan si kawan Mr. Wrong ni nak blah.
Wa tersepit samada nak blah dengan member dia or stay lepak with him.
Kalau lu org, lu org nak pilih mana ? blah or stay ?
Confirm wa pilih lepak dengan dia kan.....
Wa bukan apa. 
Wa hope akan ada masa utk ceritakan hal sebenar.
Wa still cari masa, cari dan cari lg...

Then lps member dia da blah.
Wa rasa ok sikit.
Yelah ! Mana taknyaaaa.... Kalau lepak je, member dia mesti ada sekali...
So, wa pun asek fikir,
Bila wa nak ada masa nak cerita dengan Mr. Wrong derr ?
Cer cite sikitt....
Okay, barulah wa ada masa nak bersembang dengan dia even wa still cuak ke bebehhh lg.
Hahaha.
Then, wa rasa inilah masa yang sesuai utk wa cerita kat dia.
Tp baru je wa nak start cerita, dia menguap seluas luas luasnyaaa...-,-'
Haishhhh, nampak bebenor ngantoknya.
Wa batalkan jelah hasrat wa nak cerita kat dia...
Misi tergendala lagi...

To be continue....



Monday, February 11, 2013

Mr. Wrong part 3

Hey hey koranggg, assalamualaikum kalau tak jawab berdosa, kalau jawab sayanggggg. 
Haaaa, macam kenal kan trademark ni.
Hahahaha, okay lets continue guys.

Post before this wa ada gtau yang jawapannya dia tidak kenal wa sama sekali dua kali mahupun tiga kali kan.
Lepas tu wa da malas nak amik tahu dah.
Tapi wa tak tahu kenapa satu hari wa pergi kirim salam kat si mamat wrong nih -,-''
Lahaiiiiii schaaaaaa lahai lahai lahaii !! 
"Asaal lu ni scha uiiii...
Schaaaaa, lu ni apahal tibatiba kimsalam bagai kat jantan ni wey.
Lu bukan pompuan jenis suka suka nak kenal dengan laki lah scha. 
Lu kan jenis ignore je semua benda ni.
Before this orang nak kenal dengan lu sikit punya ramai lu tanak kenal pun. *aikk, ramai ke nok ?*
Dorang mesej call lu, lu tak layan pun.
Skrg lu sendiri plak yang sebuk kimsalam ni kenapa scha."
Haaaa, itulah yang member2 rapat wa membebel kat wa.

Wa bukan apa.
Wa bukan nak kenal dia sebab dia tu ada rupa ke harta ke apa apalah.
Wa sendiri tak tahu dia siapa kan.
Niat wa hanya satu.
Hati wa yang suruh cari siapa dia.
Macam mana dia boleh muncul dalam kepala otak wa berbulan lamanya sebelum wa sendiri kenal siapa dia.
Peliks kan.
This is weirdoooooo mannnn !!!!!!!
And i dont like this feeling.
Memikirkan seseorang yang pada realitinya tak kenal tapi disebalik realiti tu wa je tahu.
This feeling is killing me seriouly.
Hohhhh okay, nak dijadikan cerita, dia kirim salam balik kat wa.
Alhamdulillahh..
Baru je dia kimsalam balik, wa jadi bertambah nervous tahap gaban.
Dia still berkunjung ke office wa.
Dan setiap kali itulah wa senyap tak terkata.
Nervous tak tentu pasal.
Tapi wa berlagak cool.
Hope takda sapa sapa yang perasan.

Tak lama lepas tu kami add bbm and fb masing masing.
Alhamdulillah lagi sekali.
Kami contact macam org lain  berkawan.
Kawan biasa.
Masa tu hati gembira bukan kepalang....
Tapiii.....
Satu je yang buat wa tak selesa..
Bila berkawan tanpa dia tahu hal sebenar.

To be continue...

Mr. Wrong part 2

Assalamualaikum semoranggg.
Soorry meninggalkan lu orang berminggu lamanya.
Actually banyak sangat yang jadi dalam beberapa minggu ni.
Okay, rasanya mesti lu orang semua nak tau apa cerita selanjutnya pasal Mr. Wrong kan...

Okay dijadikan cerita, lepas dia daftar, dia selalu datang tempat practical wa.
Yelah, nak jumpa kawan dia si officemate wa lah tu kan.
Setiap kali dia datang, wa jadi mengelabah tak tentu pasal wa cakap lu orang.
Ntah kenapa wa jadi biul cengitu.
Officemate wa kenalkan wa dengan dia.
Tapi wa tak pandang, tak bercakap, tak tegur pun dia even hari hari dia datang mencapap kat office wa walaupun sekejap je.
Wa makin bengang, semakin hari wa nak lupakan dia.
Makin hari hari pulak dia datang.
Akhirnnya wa setuju nak cerita je hal sebenar kat officemate wa.
Wa mintak officemate wa tanya dia sama ada dia kenal wa ke tak tapi dengan syarat dia rahsiakan hal ni dr Mr Wrong.

Officemate wa fenin memikirkan mcm mana cara nak tanya member dia tu tanpa bgtau hal sebenar.
Tp akhirnya malam tu jugak officemate wa tnya hal yang berbuku dihati wa yang sekian lamanya.
Alhamdulillahhhh, lega dan nervous bercampur baur bhaiii wa cakap lu org.
Yelahhh, nak tau sgt dia kenal wa ke tak.
Tapi sayang seribu kali sayang, jawapan yang officemate wa berikan adalah "Scha, dia kata dia tak kenal kau"
Huhhhhhhhhhh..... Habis siapa dia ? Asal wa rasa wa knl dia sgt sgt ey ?
Mana wa jumpa dia ?
Hmmm...
To be continue....